
Industri perfileman tempatan terus berkembang dengan kemunculan satu atau dua judul baharu di pawagam setiap minggu, namun masih terdapat beberapa genre yang belum mendapat perhatian sewajarnya daripada penerbit dan pengarah.
Artikel Berkaitan: Selepas Empat Hari Di Pawagam, Filem Polong Raih Kutipan RM5.5 Juta
Artikel Berkaitan: Beto Kusyairy Nafi ‘Libang Libu’ Eksploitasi Watak Lembut – ‘Bukan Normalisasi..Ia Wujud Dalam Masyarakat’
Genre romantik komedi

Salah satu daripadanya ialah genre romantik komedi yang sememangnya mempunyai kelompok peminat tersendiri serta berupaya menarik perhatian penonton pelbagai lapisan usia.
Justeru, filem ‘Kata Hati’ yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 4 Jun ini dilihat sebagai sebuah naskhah yang mampu mengembalikan nostalgia peminat genre tersebut.
Menurut Nadiah Hamzah, selaku pengarah menyatakan bahawa filem berkenaan dihasilkan dengan tujuan mengisi kekurangan karya romantik komedi dalam industri tempatan.
Selepas terhasilnya filem pertama iaitu Motif tujuh tahun lalu, memang timbul keinginan untuk menghasilkan sebuah filem ringan yang menghiburkan.
Lagipun penonton dah banyak disajikan dengan filem-filem aksi dan seram.
Jadi, saya yakin ramai yang merindui filem yang bercorak romantik komedi.
Nadiah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media yang diadakan selepas sesi tayangan khas media filem tersebut baru-baru ini.
Kisah selebriti bersama pemandu e-hailing

Filem ‘Kata Hati’ menampilkan barisan pelakon seperti Nia Atasha, Yusof Hashim, Fazziq Muqris, Scha Alyahya, Taqim Zaki dan Norreen Iman.
Dalam pada itu, Nia Atasha yang membawa watak sebagai Ayra Natasha mengakui dia teruja apabila diberi peluang untuk membintangi karya berkonsepkan romantik komedi.
Untuk memegang watak utama, saya terbabit dalam sesi casting (ujibakat) dan gembira apabila dapat digandingkan pula dengan Yusof sebagai hero.
Sebelum ini, kami berdua pernah beberapa kali berganding bersama.
Jadi, tidak sukar untuk kami mencari keserasian bersama terutama membabitkan babak-babak romantik.
Naskhah ini mengangkat kisah Ayra Natasha, yang merupakan seorang selebriti secara tidak sengaja dipertemukan dengan Imran, iaitu seorang pemandu e-hailing, sebelum hubungan mereka berkembang dan membawa pelbagai peristiwa yang mencuit hati.





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

