berita

Trailer : Pacific Rim, Pertarungan Robot Memusnahkan Raksasa

July 12th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

pacificrim

Filem arahan Guillermo del Toro, berjudul Pacific Rim ini merupakan sebuah filem sains fiksyen yang mengisahkan tentang keadaan Bumi pada tahun 2020, di mana pada ketika itu planet Bumi telah ditakluki oleh raksasa besar yang muncul dari dasar laut yang dikenali sebagai Kaiju.

Bagi menyelamatkan penduduk Bumi daripada menjadi mangsa serangan Kaiju, penduduk-penduduk Bumi telah bersepakat untuk membina alat atau senjata khas yang direka seperti robot yang dikenali sebagai Jaegers.

pacific-rim-gypsey-lg

Robot senjata, Jaegers yang direka untuk memusnahkan raksasa

Pacific-Rim-Robot-Pilots

Juruterbang yang ditugaskan untuk mengawal Jaegers

Jaegers merupakan sebuah robot besar yang dikawal serentak oleh dua orang juruterbang dalam satu masa yang sama. Sewaktu mengendalikan robot ini, minda-minda mereka akan dikunci dan akan berkongsi memori yang sama. Maka, kedua-dua juruterbang tersebut akan bergerak secara serentak bagi mengawal pergerakan Jaegers.

Apabila Jaegers diwujudkan, adakah penduduk-penduduk Bumi dapat diselamatkan daripada serangan raksasa jahat tersebut dan apakah akan berlaku kepada raksasa itu? 

Untuk ketahui lebih lanjut dan kesudahan filem Pacific Rim, jangan lupa untuk menyaksikannya di pawagam-pawagam berhampiran anda mulai hari ini.

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam menjayakan filem aksi tersebut adalah Charlie Hunnam yang membawa watak sebagai Raleigh Becket iaitu salah seorang juruterbang yang ditugaskan untuk mengawal Jaegers, Idris Elba, Rinko Kikuchi, Charlie Day serta Ron Perlman.

Sebelum anda menyaksikan filem Pacific Rim di pawagam, apa kata layan dahulu trailer filem tersebut selepas ini. Enjoice!

SKIP THIS AD ×