Filem arahan Steve Quale ini mengisahkan sekumpulan angkatan tentera laut yang diberi tugasan untuk diselesaikan dalam masa yang singkat. Namun, mereka telah dikesan oleh musuh ketika menjalankan misi tersebut. Uish! Apa jadi ek lepas tu? Apa mission tergempar dorang ni sebenarnya?
Misi untuk cari harta karun dan emas dalam tasik? OH MY GOD!
Ooh! Ini rupanya misi yang ditugaskan untuk mereka! Misi mencari harta karun dan emas yang khabarnya ada di dasar tasik dengan jumlah yang sangat banyak. Peh.. Koleksi emas itu bernilai ratusan juta yang memang dah lama hilang. So, misi ini juga untuk membantu penduduk tempatan sekaligus mengembalikan harta karun dan emas itu kepada pemilik asal. Memang gempak habis misi mereka ni!
Mereka dikesan oleh musuh? Alamak
Dalam usaha mereka untuk mendapatkan kembali harta karun dan emas tu mereka dikesan oleh musuh. Alamak macam mana boleh kena kesan ni? Kalau korang nak tahu, mereka cuma ada kurang dari 10 jam untuk selesaikan misi mereka ni. Berjaya ke tak? Apa yang akan terjadi kalau mereka tak dapat habiskan misi ini? Curious habis ni!
Filem Renegades ini dibintangi oleh pelakon yang sangat hebat dan pelbagai aksi yang menarik!
Nak tahu siapa pelakon yang semestinya sangat awesome dalam filem Renegades ini?
J.K Simmons
Ewen Brimner
Sullivan Stapleton
Sylvia Hoeks
Dimitri Leonidas
Diarmaid Murtagh
Charlie Bewley
Clemens Schick dan ramai lagi!
Confirm misi ini akan buat korang berdebar dengan pelbagai aksi yang hebat! Korang tengok sendiri trailer filem Renegades