Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu penggiat seni tempatan diberi ruang lebih bebas dan terbuka dalam aspek pembikinan filem.

Artikel Berkaitan: Azmir Saifuddin Terus Memimpin FINAS, Pengukuhan Industri Filem Negara Antara Empat Fokus Utama

Artikel Berkaitan: Finas Sedia Hulur Bantuan, Bantu Anak-Anak Arwah Dharma Harun Lengkapkan Pembelajaran Di Aswara

Sambut baik

Gambar: NSTP Mohamad Shahril Badri Saali

Ketika ditemui OhBulan!, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata langkah itu seiring dengan komitmen agensi berkenaan bersama Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk mewujudkan ekosistem perfileman yang lebih terbuka,.

Saya fikir ini memang pendekatan FINAS dan juga LPF. Kita sentiasa bekerjasama dengan LPF.

Kalau kita lihat dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini, LPF sudah bergerak lebih terbuka dan memberi lebih penekanan kepada ‘openness in censorship’ (penapisan lebih terbuka),

Azmir berkata demikian ketika merasmikan Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di Damansara Damai, hari ini.

Turut hadir bersama, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah dan Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac.

Dalam pada itu, Azmir berkata kelonggaran itu turut memberi fleksibiliti kepada penerbit untuk mengekalkan kandungan tanpa perlu memotong babak tertentu dengan kesesuaian tontonan ditentukan berdasarkan klasifikasi umur yang ditetapkan.

Kalau kita lihat kadar dan ‘rating’ LPF pun sudah berubah. Untuk Klasifikasi 18 dan 16, mereka tidak lagi memotong babak, sebaliknya membenarkan filem berkenaan ditayangkan, tetapi menetapkan bahawa kanak-kanak tidak boleh datang menonton.

Itu satu langkah progresif yang memang kita inginkan supaya LPF bergerak ke arah sedemikian

Jelas Azmir, industri seni perlu memelihara aspek budaya dan identiti meskipun diberikan keterbukaan kerana itu adalah elemen yang perlu menjadi asas dalam berkarya.

Seperti yang Perdana Menteri nyatakan, untuk industri kita perlu lebih terbuka.

Saya fikir fokusnya lebih kepada aspek kebudayaan dan jati diri sesebuah filem itu bagi merealisasikan kandungan kita untuk dieksport ke seluruh dunia.

Mengulas mengenai pemindahan bangunan dan operasi FINAS dari Petaling Jaya ke ibu pejabat baharu di Menara FINAS Damansara, Hans berkata langkah itu dilaksanakan berdasarkan perjanjian pertukaran tanah yang dipersetujui kira-kira sedekad lalu.

Perdana Menteri merasmikan Menara FINAS Damansara, sekali gus menandakan fasa baharu pengukuhan ekosistem industri filem dan audiovisual negara dalam kerangka Ekonomi Jingga.

Untuk rekod, FINAS ditubuhkan pada tahun 1981 dan mula beroperasi secara rasmi di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang pada tahun 1988.

Malayan Film Unit pula ditubuhkan pada 1 April 1946 dinamakan Filem Negara Malaysia pada tahun 1963 dan
digabungkan secara rasmi dengan FINAS pada 1 Januari 2013.