berita

Fiorucci Tampil Dengan Wangian Terbaru Berkonsepkan Ais Krim

June 19th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Fiorucci Ads

Sejarah wangian Fiorucci telah bermula sejak beberapa dekad yang lalu dan kini jenama terkenal itu telah muncul dengan konsep yang lebih segar, bersesuian dengan sasaran penggunanya yang terdiri daripada golongan muda dan remaja.

Memilih konsep Ais Krim sebagai taruhan terbaru koleksi jenama Fiorucci, ia dilihat mampu menarik minat setiap golongan muda masa kini yang ingin sentiasa kelihatan sofistikated dan mempesonakan.

Berlandaskan ciri-ciri tersebut, maka lahirlah wangian hebat dan penuh misteri yang dikenali sebagai Icy Fantasy!

Kandungan wangian Icy Fantasy

Kandungan bahan semulajadi wangian Icy Fantasy

Secara umumnya, wangian Icy Fantasy ini diinspirasikan daripada beberapa kombinasi bahan semulajadi seperti buah strawberi, pich, resberi lollipop serta bunga-bungaan segar, yang dilihat mampu memberi rangsangan buat si gadis lincah dan dalam masa yang sama masih mengekalkan sifat feminin seorang gadis.

Wangian Icy Fantasy

Rekaan botol wangian Icy Fantasy yang diilhamkan daripada Ais Krim

Botol kaca berkonsepkan Ais Krim ini kelihatan sangat unik dan menarik.

Bahagian penutup yang diilhamkan daripada kon Ais Krim dan disaluti dengan logam emas bercahaya ini dilihat mampu menyuntik eleman elegan dan mewah. Gabungan rona pich juga dilihat mampu membangkitkan lagi aura glamor buat si pemakai.

Wangian terbaru dari jenama Fiorucci ini boleh didapati secara eksklusif di Butik Fiorucci, The Gardens Mall, Kuala Lumpur. Harga untuk sebotol wangian Fiorucci Icy Fantasy Eau de Toilette 50ml adalah RM169 sahaja.

SKIP THIS AD ×