berita

Firdaus Wong Bantu Mangsa Kes Amang Seksual PU Azman Sebab Takut Azab Allah

July 28th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Firdaus Wong

Pendakwah bebas, Firdaus Wong menjelaskan dirinya tampil membantu mangsa kes amang seksual melibatkan pendakwah selebriti iaitu PU Azman kerana takut dengan azab Allah.

Artikel Berkaitan: Saksi Dakwa PU Azman Minta Mangsa Cium, Buat Seks Oral

Artikel Berkaitan: Tertuduh Ketuk Pintu Bilik Air & Minta ‘Main’ – Firdaus Wong

Takut azab Allah

Firdaus Wong

Memetik laporan Sinar Harian, Firdaus yang juga merupakan saksi ke-10 bagaimanapun menafikan dirinya seorang yang berani seperti mana yang dikatakan oleh rakan penceramahnya, Isfadiah Mohd Dasuki.

Saya tak tahu dan tak berani puji diri sendiri,  dalam kenyataan sembang di sebuah rancangan televisyen sebelum ini saya mengaku yang sebenarnya seorang penakut.

Saya sebenarnya takut di akhirat nanti Allah tanya bila orang datang minta bantuan selepas dizalimi dan saya yang ada kelebihan untuk membantu mereka, saya tak bantu.

Firdaus berkata demikian di hadapan Hakim Datin Surita Budin bagi menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly berhubung kenyataan Isfadiah pada Rabu.

Jelas Firdaus lagi, disebabkan perasaan takut itu, beliau terpaksa menahan diri daripada dikecam, dihina dan dimaki dengan memilih untuk tampil ke hadapan.

Tambahnya, ketakutan kepada Allah dan azab-Nya di akhirat membuatkan dia bersedia menghadapi cacian dan makian.

Malah Firdaus berkata, peranannya selepas mengetahui kes terkutuk itu ialah lebih kepada menjadi pemudah cara dan tidak pernah memaksa mangsa lain membuat laporan polis.

Dalam pada itu, Firdaus turut menafikan yang dia mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa, sebaliknya hanya mempunyai ramai kenalan peguam yang boleh memberi nasihat.

Sementara itu, Firdaus memaklumkan dia mengenali PU Azman sebagai bekas peserta realiti dakwah dan bersama-sama terlibat dalam industri lakonan serta pernah berkomunikasi melalui WhatsApp.

Firdaus juga berkata, dia pada awalnya sukar untuk percaya kejadian amang seksual yang melibatkan PU Azman.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×