
Pendakwah bebas, Firdaus Wong menasihati model dan pelakon, Thanuja Ananthan untuk membuat pemeriksaan kesihatan terutama mental selepas aktres itu mengeluarkan kenyataan mengenai penyembelihan haiwan pada Hari Raya Adiladha.
Artikel Berkaitan: Thanuja ‘Off’ Komen, Dikecam Tak Faham Maksud Ibadah Korban?
Artikel Berkaitan: Ariff Peter Dah Jumpa Firdaus Wong, Mohon Maaf Isu Video Wanita Mualaf – ‘Saya Sangat Menyesali Tindakan Saya’
Hidap dementia

Menerusi hantaran di Facebook, Firdaus berkata, Thanuja mungkin menghidap masalah dementia iaitu terlupa pada satu peristiwa yang telah berlaku.
Antara tanda awal seseorang menghidap dementia adalah terlupa perkara atau peristiwa yang baru terjadi, hilang jejak masa dan perubahan personaliti.
Melihat kepada komen Thanuja, saya bimbang akan kesihatan mentalnya dan menyarankan dia untuk membuat pemeriksaan kesihatan mental.
Soal Firdaus, adakah Thanuja sudah terlupa hidangan ayam yang pernah dijamahnya juga perlu melalui proses penyembelihan.
Mungkin dia terlupa yang dia pernah berkongsi nasi beriyani ayam pada 2016 atau terlupa tentang hidangan ikan salmon.
Atau bagi Thanuja, makan ayam dan ikan itu bukannya dibela dan tidak disembelih atau merasakan kalau anda buat tidak mengapa tetapi Muslim sembelih lembu atau kambing ketika Aidiladha tidak okay?
Kurang kasih sayang

Tambah Firdaus, jika tidak menghidap dementia, dia mendakwa berkemungkinan aktres itu hanya mahu mencari perhatian.
Atau sebenarnya bukan hidap simptom dementia tetapi simptom KKS (kurang kasih sayang) lalu mendambakan perhatian?
Bagaimana untuk dapatkan perhatian? Bagi komentar yang mendedahkan kedangkalan pemikiran saudari?
Terdahulu, Thanuja memuat naik hantaran di Threads mengatakan dia tidak memahami mengapa haiwan yang sudah dibesarkan dan dijaga dengan baik tetapi akhirnya dikorbankan pada Hari Raya Aildiladha.
Bagaimanapun, Thanuja akhirnya mendapat pencerahan daripada wargamaya yang membantu menjelaskan makna penyembelihan dan ibadah korban.
Sumber: Facebook








