berita

First Time Berlakon, Andi Bernadee Diberi Kepercayaan Jadi Hero Di Samping Janna Nick! Cayalah!

January 30th, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Donde, dondee, donde! Mesti korang tahu kan lagu famous ni? Selalu sangat dengar dekat radio sampai stuck dalam otak. Tengah-tengah buat kerja pun dok berdondee donde!

Kalau korang nak tahu, penyanyi Lagu Donde iaitu Andi Bernadee sekarang dah berlakon drama. Pertama kali pulak tu! Mesti korang tak sabar nak tahu drama apa yang Andi berlakon kan?

Melastik Ke Hatimu, bawakan Andi Bernadee sebagai hero ‘Kayu Cengal’

Pertama kali berlakon drama terus pegang watak hero! Fuh, cayalah Andi! Memegang watak sebagai Ziyyad yang merupakan seorang pengurus kilang, Andi digelar ‘Kayu Cengal’ oleh pekerja kilang tersebut kerana sikapnya yang tak mengendahkan orang lain.

Wah rupa-rupanya, kayu cengal bukan sekadar kayu sebab Ziyyad rupanya suka dekat gadis yang memiliki perangai gila-gila! Siapa pulak gadis gila-gila yang berjaya tarik perhatian Ziyyad ni?

Gadis gila-gila tak lain tak bukan, Janna Nick la guys!

Kalau korang nak tahu, ini merupakan drama terakhir Janna Nick berlakon sebelum beliau berkahwin! Beliau dikatakan akan bertunang 2 Februari ni.

Watak yang Janna Nick pegang bernama Haura, iaitu seorang gadis dengan perwatakan gila-gila dan suka sangat mengunyah chewing gum. Di kilang mereka bekerja, Haura sering bergaduh dengan Natasya dan diibaratkan ‘gangster-gangster’ dekat kilang tu!

Wah, wah, Janna Nick jadi gangster pulak ye?

Dalam drama tersebut, Haura bercinta dengan Naim namun dipaksa untuk berkahwin dengan Ziyyad.

Agak-agak menjadi tak lakonan Andi Bernadee ni? Haura yang perangai gila-gila pulak sepadan ke dengan Si Kayu Cengal, Ziyyad?

Ni korang kena tengok sendiri okay!

Drama ni juga menampilkan pelakon-pelakon hebat yang lain seperti Hafidz Roshdi, Norman Hakim, Wani Keyrie, Puteri Sarah Liyana, Azrel Ismail, Ahmad Ezzrin Loy, Idzham Ismail, Afifah Nasir, Noniswara, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan dan Cassia Iman!

Power-power semua pelakon yang ada! Tak sabar nak tengok!

Tengok Melastik Ke Hatimu di iQIYI, free je!

Mana lagi lubuk drama-drama lokal dan internasional yang best kalau bukan dekat iQIYI guys. Korang boleh klik link ni untuk saksikan Melastik Ke Hatimu! Ada juga drama Rahimah Tanpa Rahim yang korang boleh tengok!

Drama-drama ni akan available selepas pukul 10 malam! So, korang boleh download dulu lepas tu tengok kemudian! Nak tengok dekat laptop, TV atau smartphone, mana-mana pun tak ada masalah. Semua boleh!

Nak tengok drama K-Drama ada, J-Drama ada, anime? Pun ada jugak!

So, korang tunggu apa lagi? Download dan layan drama favourite korang di iQIYI hari ini! Korang boleh download aplikasi iQIYI dekat sini!

SKIP THIS AD ×