berita

First Time Nak Pergi Korea? Ni Senarai Tempat Dan Aktiviti Yang Korang Kena Singgah & Buat Dekat Sana!

October 22nd, 2019 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Wah! Sekejap je kita dah menghampiri hujung tahun 2019 kan? Ha! Masa-masa macam ni min yakin ramai yang ambik cuti sebab nak habiskan cuti tahunan, betul tak? Kebetulan, pada hujung tahun bermula dari awal bulan 10 hingga awal tahun hadapan, ialah musim terbaik nak pergi bercuti ke negara 4 musim yang sedang mengalami musim luruh dan akan diikuti dengan musim sejuk tak lama selepas itu

Time ni boleh la feeling-feeling bergambar dengan daun maple yang kemerah-merahan dan main salji, sebaik sahaja musim sejuk tiba. Min sendiri telah diberikan peluang baru-baru ni untuk merasa sendiri keindahan negara 4 musim.

Nak tahu min pergi mana? Apa persiapan dan aktiviti yang min lakukan dekat sana? Kena la stay tuned dan baca sampai habis. Hopefully entri kali ni, bantu korang yang bakal ke sana nanti.

Persiapan yang sederhana! Percutian 5 hari 4 malam…

Firstly, masa dapat tahu diberikan peluang bercuti selama 5 hari 4 malam, memang rasa tak percaya. Ternyata rezeki memang tak pernah salah alamat kan? Masa ni mula la persiapan min.

Korang tahu min nak ke mana? Min ke Korea Selatan. Memang excited gila masa dapat tahu dapat ke sana. Pengalaman pertama jejakkan kaki ke Korea.  Kalau tak asyik tengok dalam drama je. Memang happy sangat-sangat la masa tu.

Persiapan min, ringkas je. Min cuma fokus kepada makanan dan pakaian. Memang banyak min bawak instant meal sebab berdasarkan kajian min buat daerah yang min nak melawat iaitu, Gangwon tak banyak sangat lagi restoran mesra muslim. Bab pakaian pulak, Fleece menjadi pilihan utama atas nasihat seorang sahabat.

Gangwon here i come!

Flight min mengambil masa 6 jam 30 minit untuk tiba di Incheon. Alhamdulillah penerbangan bersama Korean Air memang memuaskan. Pramugarinya mesra dan fasih berbahasa inggeris. I like! Sebaik sahaja tiba, min dan kawan mula bergerak ke Gangwon. Perjalanan dari airport Incheon ke Gangwon mengambil masa sekitar 3 hingga 4 jam tergantung pada keadaan trafik dan cuaca.

Aktiviti pertama yang kami lakukan sebaik sahaja tiba di Gangwon ialah sesi kelas memasak pancake dan buat bibimbap di Jeonggangwon. Ni pengalaman pertama min buat pancake dan bibimbap cara orang Korea. Yang mengajar ni pakar tau. Masak dengan tangan sendiri pulak tu. Memang puas hati.

Dekat sini pancake buat pakai ubi kentang sepenuhnya. Ubi kentang perlu disagat dan kemudian di perah. Kemudian kanji ubi kentang tadi diambil dan dijadikan pancake.

Justin dengan Waiting buat pancake! Hebat jugak diorang dua ni dekat dapur. Pantas buat kerja.

Next, kami buat bibimbap. Bahan dah disediakan. Kami cuma perlu campur dan gaul sahaja. Banyak gila sayuran yang digunakan. Bukan sahaja sedap tapi cukup gizi makan bibimbap ni. Begitu la hari pertama berlalu. Sebenarnya kami rancang nak ke Balwangsan untuk naik gondola tapi cuaca tak mengizinkan. Sedih…

Lebih banyak tarikan pada hari yang berikutnya!

Hari kedua min masih lagi di Gangwon. Kali ni, kami menjelajah ke Ojukheon. Dekat sini min berpeluang mengenakan hanbok. Pertama kali sarung hanbok rasa macam golongan bangsawan dahulu kala pulak. Dekat sini min dan kawan-kawan bergambar sakan. Nak buat kenangan la katakan.

Beratur panjang. Kena ambil gambar cepat-cepat sebab nanti ada yang jeling.

Hasil gambar kami di Bus STop BTS. Boleh tahan cun.

Seterusnya, kami terus bergerak ke Jumunjin. Jumunjin sangat terkenal sebagai insta spot photo. Dekat sinilah terletaknya Bus Stop BTS. Ramai betul orang beratur nak ambil gambar. Maka korang kenalah cepat-cepat standby kamera korang. Tengoklah sendiri betapa cantiknya hasil gambar kitaorang.

Festival kopi dan KPop konsert!

Antara jenis dan gred biji kopi yang pembekal tawarkan.

Kopi disediakan apabila ada permintaan. Minum la sampai puas… Americano memang famous dekat sini.

Lepas dah puas bergambar dekat Jumunjin, Kami berkesempatan singgah ke festival kopi. Jujur ye, min mabuk dengan kopi tapi kawan-kawan min memang gila kopi. So, min ikut je. Diorang memang enjoy gila masa dekat sini. Ye la! kopi free tau! Minum la sampai puas. Ada banyak kopi shop yang join festival ni, dealer biji kopi pun ramai. Meriah sangat.

Muka bahagia tunggu Oppa Korea…

Yeay! Akhirnya, masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Petang tu kami ke Gangneung Stadium untuk saksikan KPop konsert. Sebenarnya min dan kawan-kawan ke Gangwon sebab nak tengok Music Bank konsert. Ada Twice dan Seventeen tau! Walau lenguh kaki dan badan sebab kena berdiri, dekat standing zone tapi sekali Seventeen buat persembahan, hilang sakit-sakit badan.

Konsert tamat pada jam 8.30 malam. Lepas tu kami terus gerak balik ke hotel, makan dan rehat. Penat sebab aktiviti hari ni semuanya berjalan dengan lancar.

Lagi dan lagi tarikan di Seoul!

Hari ketiga itinerary kami lebih simple sebab kami nak ke Seoul pulak. Perjalanan nak ke Seoul mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 jam. Kami bangun awal pagi, sarapan dan lepas tu terus check out. Sepanjang perjalanan, hujan menyapa kami tapi bila kami tiba di Pocheon Art Valley, cuaca dah sedikit membaik tapi sejuk wei!

Untuk pengetahuan korang, Pocheon adalah kawasan yang terletak di daerah Gyeonggi. Belum sampai Seoul tau. Kami singgah sebentar sebab nak menikmati keindahan alam semula jadi disini.

Pocheon Art Valley juga merupakan salah satu lokasi penggambaran drama Hwayugi. Ala yang scene naga keluar dari tasik tu. Cantik kawasan ni. Walau sejuk dan hujan rintik tapi ramai orang. Nak sampai ke kawasan penggambaran korang kena naik monorail. Actually, nak jalan pun boleh. Korang boleh pilih ikut preference korang. Min sayang lemak min, sebab tu min naik monorail je.

Bergambar dengan pelakon Only You! Ambil gambar atau video tak dibenarkan semasa pementasan, katanya sebagai tanda menghormati lakonan para pelakon.

Perjalanan ke Seoul diteruskan lagi. Dah tak jauh, sejam je dari Pocheon nak ke Seoul. Sampai je dekat Seoul kami makan dulu. Lepas tu kami ke JTN Art Hall untuk menonton muzikal ‘Only You’. Serius best! Semuanya live dan berlaku depan mata min. Lakonan pelakon mereka memang mantap! Sempat la min dan kawan-kawan min bergambar dengan barisan pelakon muzikal ni.

Bagi yang tak tahu pementasan muzikal ‘Only You’ adalah salah satu tarikan yang ada bersempena Festival Welcome Daehakro. Ianya bermula dari 2 september hingga 27 Oktober dan berlangsung secara serentak di seluruh Korea Selatan. Ada pelbagai aktiviti termasuklah pementasan drama, pementasan muzikal dan nyanyian.

Hasilkan Minyak Wangi! Sneak Peak Festival Welcome Daehakro.

Pantas sungguh masa berlalu. Hari ni dah hari keempat min, di Seoul. Hari keempat aktiviti min dan kawan-kawan lebih santai. Selesai sahaja sarapan kami terus bergerak ke Aromind. Disini kami berpeluang belajar cara menghasilkan minyak wangi dengan bau kegemaran kami.

Ada lebih 30 bauan asas yang disediakan. Kemudian, kami diminta memilih 3 bauan terbaik sebelum kami menentukan jumlah yang diperlukan bagi setiap bauan yang kami pilih. Barulah min tahu bukan mudah nak hasilkan minyak wangi. Silap sukatan, memang hancur bauannya.

Nasib cikgu min banyak bantu. Dia guide min dan kawan-kawan dari A sampai Z. Maka, terhasilah minyak wangi hasil tangan min sendiri. Selesai sesi menyiapkan minyak wangi kami semua menjamu selera di Itaewon.

Ni lagi satu aktiviti, yang min tunggu-tunggu iaitu persembahan outdoor non-verbal Festival Welcome Daehakro. Ada pelbagai persembahan guys. Semuanya meghiburkan. Dah la tu, banyak aktiviti dekat pop-up store mereka.

Pementasan drama muzikal CHEF!

Drum cat power! Tak mengecewakan. Jantung min berdetak laju ikut rentak dia pukul drum.

Banyak maklumat yang korang boleh dapat mengenai Festival Welcome Daehakro disini. Orang memang ramai. Nasib baik kami dah secure spot terbaik nak saksikan persembahan ni.

 Changdeokgung Moonlight Tour!

Tamat je persembahan outdoor non-verbal Festival Welcome Daehakro, min dan kawan-kawan sempat singgah Myeondong kejap tapi kami rushing sikit sebab nak pergi moonlight tour dekat Changdeokgung Palace. Kagum sangat. Bangunan istana ini terpelihara.

Minum teh istimewa sambil saksikan persembahan kesukaan Raja semasa Dinasti Joseon

Tarian kipas

Jujur cakap min, bangga dapat buat moonlight disini sebab mengikut kata orang disini, jarang dapat masuk moonlight di Changdeokgung Palace. Kalau day tour banyak la. Istana ni bukan sahaja cantik, tapi korang akan kagum dengan seni bina mereka. memang dapat rasa aura zaman kemegahannya.

Belajar main drum di Nanta Academy.

Pejam celik- pejam celik, hari kelima pun tiba. Sebelum kami, melangkah pulang ke tanah air tercinta, sempat la kami singgah ke Nanta Academy dan belajar pukul drum. Secara jujurnya, min tak minat muzik tapi bila cikgu dia ajar macam mudah je. Ada rentak yang perlu diikuti dan ada teknik pukulan juga.

Nak lepas stress min suggest korang singgah sini, pukul la drum tu kuat mana pun bunyinya makin sedap jika korang pukul dengan sepenuh tenaga.

Pengalaman meneroka Korea Selatan selama 5 hari 4 malam, buka mata min, tentang banyak benda yang min perlu explore lagi dalam kehidupan. Sedihnya, min tak sempat melawat beberapa tempat kerana faktor cuaca. Semoga nanti diberikan kesihatan dan peluang untuk melawat Korea lagi.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Korea dan apa yang menarik. Korang boleh layari laman web rasmi Korea tourism sebagai rujukan. Mereka sajikan pelbagai info yang sangat membantu.

Website: Visit Korea

SKIP THIS AD ×