berita

‘Fitnah Itu Ibarat Angin Ribut Terbangkan Dosa Saya’ – Da’i Farhan

December 5th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sejak beberapa hari, viral di media sosial kisah poligami Da’i Nik Ahmad Farhan sehingga menjadi bualan hangat netizen. Malah, lebih kontroversi apabila penceramah bebas ini mula mengeluarkan kenyataan dilamar 18 orang wanita dan dia tidak mampu menolak lamaran ke 19 iaitu isteri keduanya sekarang.

Menerusi rancangan Mingguan Wanita, dia kongsi kisah bagaimana dia boleh yakin untuk berkahwin dua ketika berada di Mekah. Dia turut berharap orang ramai hentikan menyebarkan fitnah.

Isteri tahu dan beransur positif

Isteri kedua Farhan merupakan seorang doktor perubatan yang kini bergelar usahawan. Hari ini Da’i Farhan menjadi tetamu jemputan di MWTalkshow dengan topik Janda Rebutan.

Kita di dunia ini hanyalah pelakon sahaja, sebaliknya segalanya bergantung pada arahan Allah kerana dialah director. Saya tegaskan sebelum ini, saya tidak pernah pilih sapa-sapa. Sebaliknya Allah yang pilih untuk saya seorang wanita iaitu janda anak 8. Segalanya dari Allah.

Seterusnya, bila di Tanah Suci, saya rasa tekad untuk bernikah jadi kenapa kita nak takut. Saya tak buat semua ini dibelakang takbir, maklumkan pada isteri. Dia awalnya dia memang tak boleh terima dan sedih. Selepas dua hari dia mula bertanya dan beransur positif.

Lelaki isteri satu adalah low class

Tambah Farhan, dirinya mengambil keputusan menikahi janda adalah kerana merujuk kepada sirah Nabi Rasulullah sendiri isteri-isterinya terdiri daripada janda kecuali Aisyah r.a.

Tetapi tiba-tiba bertukar negatif bila dia berkongsi dengan orang lain. Namun perkara tersebut tidak patahkan semangat saya untuk mendirikan rumah tangga dengan isteri kedua.

Bila kita selalu ke mekah, kita ada guru untuk merujuk atau tempat bertanya apa-apa tentang agama dan sendiri amalkan a payang tidak tahu. Kalau di Tanah Arab, kebiasaan lelaki di sana bernikah lebih dari satu dan lelaki yang beristeri satu adalah low class.

Alhamdulillah saya bahagia

Dalam pada itu, dia turut memberitahu dia sudah lakukan solat istikarah selepas keluarganya berbelah bahagi dengan keputusan dibuat. Namun segalanya mudah apabila menerima petunjuk selepas ke Mekah.

Kalau kita di Malaysia orang tanya anak berapa. Di sana pula berbeza, mereka akan tanya berapa orang isteri. Oleh itu bila saya bertanya akan galakkan untuk berpoligami.

Alhamdulilah kehidupan saya dengan lapan anak dengan isteri kedua yang sangat caring dan bahagia. Buat masa sekarang apa yang saya ingin nasihatkan agar jangan ada pihak di luar sana mengambil kesempatan.

Da’i Farhan turut meminta agar orang ramai hentikan fitnah ini dan bercakap mengenai perkara ini.

Jangan mengapi-apikan dan menuang minyak atas keadaan yang berlaku. Sebenarnya segalanya nampak mudah di peringkat permulaan, tetapi mungkin ini takdirnya, jadi saya redha. Fitnah itu ibarat angin ribut yang menerbangkan dosa saya.

Sumber : Mingguan Wanita

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×