
Anggota kumpulan UNIC, Fitri Haris menafikan dirinya merupakan individu yang dikaitkan dengan gosip seorang penyanyi nasyid didakwa berlaku curang terhadap isteri.
Artikel Berkaitan: ‘Okay Je 1,2,3 & 4’- Isteri Fitri Haris Benarkan Suami Kahwin Lagi?
Bukan Fitri Haris

Ketika ditemui OhBulan!, Fitri, 41, berkata dia terkejut apabila mendengar khabar angin yang tersebar luas di media sosial dan menegaskan dakwaan tersebut langsung tiada kaitan dengan dirinya.
Saya tak tahu-menahu tentang gosip itu kerana terlalu sibuk dengan kerjaya sebagai pengajar. Sekarang ini saya sedang menguruskan beberapa perkara, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia dan London.
Saya langsung tak sempat ikuti apa-apa gosip atau kontroversi. Bila ditanya baru saya tahu. Tapi saya nak tegaskan, individu yang dikaitkan dalam gosip itu bukan saya.
Fitri berkata demikian ketika ditemui di acara Al-Quran Di Mana-Mana @ Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Dalam pada itu, Fitri turut menegaskan rumah tangganya bersama isteri tercinta, Fazilah Omar, berada dalam keadaan baik dan bahagia. Malah, keluarganya sentiasa berada di sisi dan sering menemani ke mana sahaja dia pergi.
Anak dan isteri ada sahaja dengan saya, ikut ke mana sahaja. Kami hidup bahagia, sihat dan gembira. Saya tak pasti kenapa nama saya dipetik. Tugas saya sepenuh masa sebagai pensyarah kemudian hujung minggu dengan UNIC.
Jadi saya tidak tahu macam mana nak respon kepada mereka yang menuduh saya berlaku curang. Masa saya banyak dihabiskan dengan keluarga.
Apabila ditanya sama ada akan memaafkan pihak yang menyebarkan dakwaan tidak berasas itu, Fitri mengambil pendekatan tenang dan matang.
Dalam Islam, antara dosa yang mudah diampun oleh Allah adalah orang-orang jahil, tidak tahu apa-apa atau erti kata lain tiada pengetahuan.
Saya anggap mereka yang mendakwa saya, mereka tidak tahu perkara sebenar. Jadi mereka hanya meneka, kadang tekaan kena kadang tidak.
Terdahulu, tular dakwaan mengenai seorang penyanyi nasyid yang juga ahli kumpulan terkenal, dikatakan menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita muda berusia lingkungan 20-an sejak tahun lalu.
Wanita tersebut dikhabarkan anak kepada seorang ahli politik, dan mereka didakwa sering dilihat bersama di beberapa pusat membeli-belah sekitar Kuala Lumpur.
Malah, isteri kepada penyanyi terbabit dikatakan sudah mengetahui tentang hubungan tersebut dan telah memberi keizinan untuk mereka berkahwin.







![[VIDEO] Tiara Jacquelina Serba Salah Terhadap 22,000 Peminat Yang Tidak Berpeluang Beli Tiket PGLM](https://asset.ohbulan.com/2026/10/tiara.jpg)
