berita

Fizo Omar Macho Hiasi Muka Depan Majalah Men’s Health Edisi Jun

June 3rd, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Fizo Omar Hiasi Muka Depan Men's Health

Bagi edisi bulan Jun 2013, pihak majalah Men’s Health telah menampilkan pelakon dan pengacara terkenal Fizo Omar sebagai penghias muka depan majalah mereka.

Menerusi foto yang dipaparkan, penampilan Fizo kelihatan sangat macho dengan padanan t-shirt ketat rona coklat dan pembentukan susuk tubuhnya yang sasa telah mengundang pelbagai respon positif daripada peminat terutamanya golongan wanita.

Kebanyakan peminat wanita menggemari tubuh sasa yang dimiliki oleh Fizo dan ada juga yang musykil dengan bentuk tubuh pelakon itu yang kelihatan sedikit berotot dan tegap.

Fizo Omar

Fizo Omar

Foto Twitter daripada peminat setia Fizo

Terdapat pelbagai isu menarik bakal dikupas oleh Men’s Health khusus untuk kaum Adam, antaranya adalah ketahui 57 produk terbaik yang harus dimiliki oleh lelaki, bagaimana cara untuk elakkan alahan makanan, pelajari cara-cara terbaik untuk hindarkan diri daripada ketagih makanan ringan serta ikuti gaya hidup sihat pelakon terkenal, Fizo Omar.

Untuk ketahui lebih lanjut, jangan ketinggalan untuk dapatkan majalah tersebut dipasaran sekarang!