
Pelakon dan usahawan, Fizo Omar menegur segelintir individu yang sengaja memberi penilaian (rating) rendah terhadap restoran milik pempengaruh terkenal, Khairul Aming.
Artikel Berkaitan: Zhiddin Aziz Bidas Netizen Persoal Perkataan ‘Rembayung’ – ‘Kedai Yang Ada Kesalahan Ejaan Mereka Sunyi Pula’
Artikel Berkaitan: Restoran Khairul Aming Belum Dibuka, ‘Google Review’ Sudah Dibanjiri Ulasan Positif
Teguran Fizo

Menerusi hantaran di Threads, Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar, menyelar tindakan tersebut yang disifatkan keterlaluan kerana restoran berkenaan belum lagi dibuka secara rasmi.
Kalau tak ada benda baik nak buat baik duduk diam.
Awak semua sedar tak yang pergi rate kedai satu bintang sedangkan kedai itu belum dibuka lagi. Teruk perangai.
Dalam masa sama, Fizo menjelaskan tindakan tersebut boleh memberi impak buruk untuk perniaga kerana menjejaskan tanggapan awal kepada pelanggan.
Tahu tak Google Review ni sangat penting kepada peniaga sebab satu dunia boleh tengok.
Netizen sokong

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan bapa kepada empat orang anak itu susulan tindakan tersebut dianggap tidak telus kerana premis berkenaan belum dibuka.
Terdahulu, dalam keterujaan menanti pembukaan restoran pada Januari hadapan, timbul isu kurang enak apabila premis makanan itu didapati menjadi sasaran serangan siber menerusi lambakan ‘review’ negatif.
Sebelum ini, Khairul Aming mengumumkan pelaburan RM4 juta untuk membuka restoran sulungnya di Kampung Baru, selepas 10 tahun berniaga secara atas talian.
Dengan keluasan 8,000 kaki persegi, restoran ini menjadi projek berskala terbesar sepanjang kariernya sebagai usahawan terkenal.
Sumber: Threads Fizo Omar








