Pelakon Datuk Fizz Fairuz menyimpan hasrat untuk menghantar anak-anaknya mendalami ilmu agama di sekolah tahfiz.
Artikel Berkaitan: Teka Teki Netizen Terjawab! Fizz Fairuz Dedah Jantina Anak Kelima – ‘Kami Dikurniakan Anak Perempuan’
Artikel Berkaitan: ‘Goodluck Sayang, Sebulan Dua Ni Memang Orang Tahu Kecam Je’ – Almy Nadia
Jadi bekalan di akhirat
Menurut Fizz, dia sangat mementingkan soal agama dalam kehidupan mereka sekeluarga. Justeru, Fizz berasa teruja dengan pembukaan sebuah tadika tahfiz di Pahang.
Katanya Fizz, 46, dia melihat pusat pengajian sebagai satu usaha baik bagi mendedahkan pengajian hafazan al-Quran bermula dari peringkat pra-sekolah.
Saya teruja sebenarnya bila dapat tahu Tadika Tahfiz Negeri Pahang sudah dibuka yang memberikan tumpuan kepada anak-anak pra-sekolah di Pahang.
Bila dapat tahu sahaja kewujudan pusat pra-sekolah seperti itu, sudah tentu saya teruja memandangkan jarang sekali adanya pusat pengajian yang memberikan tumpuan hafazan al-Quran untuk kanak-kanak.
Rasanya ibu-bapa di Pahang dan kawasan sekitar boleh mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak ke sana. Setidaknya ini akan jadi bekalan mereka dikemudian hari.
Jelas suami kepada pelakon Almy Nadia ini lagi, dia gembira sekiranya ada di antara anak-anak yang bakal menjadi penghafal Al-Quran pada masa hadapan.
Anak-anak lahir di zaman internet
Tambah pemilik nama Mohd. Fairuz Zainal Abidin, pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri kanak-kanak sebelum mereka membesar dan boleh berdikari.
Saya sendiri sentiasa memberikan ingatkan kepada kesemua anak-anaknya bahawasanya ilmu dan pendidikan amat penting yang akan menjadi bekal mereka dikemudian hari.
Paling penting adalah asas agama memandangkan itu yang akan menjadi benteng kepada kehidupan anak-anak.
Dalam pada itu, Fizz menyatakan dalam arus pemodenan pastinya banyak yang harus diambil kira semasa mendidik anak-anak yang sejak kecil sudah terdedah dengan gajet dan internet.
Memang besar anak-anak zaman sekarang hidup berbeza dengan zaman saya dahulu. Sekarang semuanya sudah di hujung jari dan mereka lebih mudah meneroka apa sahaja yang dimahukan.
Saya sendiri masih memantau aktiviti anak-anak jika berada diri rumah. Apa yang mereka lihat dan apa yang mereka tonton juga perlu diketahui. Kalau ada yang tak betul kita boleh tegur.
Terdahulu, Fizz mendirikan rumah tangga bersama Almy pada tahun 2014 dan pasangan ini dikurniakan Nur Afrina Arianna, 10, Nur Afrina Aurora, 9, Nur Afrina Ayra, 7, Nur Afrina Aisyah, 4 dan Nur Afrina Alisya, 5 bulan.