berita

Fly Fm & Wak Doyok Lancar Video Parodi The Fox, Awesome!

September 26th, 2013 | by Ai
Video Popular

The Boss

Nampaknya radio Fly Fm bukan saja berjaya mempopularkan lagu “The Fox” versi parodi mereka di radio, malah krew radio ini juga telah merakamkan sebuah video parodi “The Fox” yang kami kira menarik untuk ditonton.

Mengambil idea asal dari video “The Fox” oleh Ylvis, video ini telah dibintangi oleh dj-dj radio Fly Fm yang terdiri dari Zher, Guibo, Hani Hatim, Prem, Ben, Hafiz dan juga Ivan.

Disamping mengubah lirik asalnya, video parodi bertajuk “The Boss” ini juga menampilkan Seelan Paul, CEO of Media Prima Radio Networks, dan juga Wak Doyok yang popular dikalangan peminat fesyen.

Screen Shot 2013-09-26 at 12.25.02 PM

Parodi The Fox

Screen Shot 2013-09-26 at 12.25.19 PM

Video asal The Fox

Nampaknya, Fly Fm akan melakukan apa sahaja untuk menghiburkan peminat mereka dan kali ini mereka benar-benar berjaya dengan penampilan seluruh krew Fly Fm termasuklah bos mereka sendiri.

Apa pun, anda tonton dahulu video asal “The Fox” sebelum anda tonton video parodi, “The Boss”. Enjoy!

Video asal, The Fox – Ylvis

Video parodi, The Boss – Fly Fm crew

SKIP THIS AD ×