berita

Foodies : Amalkan Pemakanan Sihat Dengan The Rebellious Chickpea. Thumbs Up!

July 21st, 2014 | by Ai
MyResipi

10269386_237402343117064_7226640873756764235_n

Kalau kita tengok, restoran makanan segera melambak-lambak ada di Malaysia ini. Bak kata pepatah, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Sedar atau tak, generasi sekarang ni senang sangat terdedah dengan cara pemakanan yang tak sihat. Nak-nak yang sudah berkerjaya, manalah ada masa untuk bersenam dan menjaga kesihatan. Betul tak?

Namun, bulan lepas, penulis berkesempatan menikmati makanan berkhasiat dari The Rebellious Chickpea. Yang paling penting, menu yang disediakan amatlah berkhasiat, sedap dan menepati citarasa penulis.

OHBULAN!RCP-3

Tak perlu susah-susah untuk mencari tempat makan waktu tengah hari, di The Rebellious Chickpea, mereka hantar sendiri pesanan anda. Apa yang perlu korang buat? Sediakan duit dan tunggu sambil goyang kaki. Hehe.

Kalau nak tahu, makanan-makanan yang dimasak sendiri oleh chef mereka ini kebanyakkannya menggunakan bahan organik tau! Malah, beras yang digunakan bukan beras biasa, tetapi beras perang.

Rasa masakannya tak usah cakaplah, semuanya sedap. Mana taknya, jarang kita nak dapat makanan yang mementingkan kualiti kesihatan yang betul-betul cukup rasa.

OHBULAN!RCP-9

Organic Lemon Kampung Chicken with Brown Rice and Seasonal Veggies

OHBULAN!RCP-14

Thai Style Prawn and Squid Glass Noodle

Antara menu-menu yang sempat penulis rasa ialah Organic Lemon Kampung Chicken with Brown Rice and Seasonal Veggies, Slow Simmered Homemade Tomato Sauce with Eggplant over Tri Colored Fusilini Topped With Tempe, Thai Style Prawn and Squid Glass Noodle dan banyak lagi!

Dalam banyak-banyak menu ini, yang selalu mendapat permintaan paling tinggi adalah Thai Style Prawn and Squid Glass Noodle. Masa mereka terangkan pada penulis, terfikir juga apa yang specialnya menu ini sampai dikatakan ‘bestseller’.

Bila dah masuk mulut, baru penulis faham. Menu ini ternyata mempunyai keunikan tersendiri. Mana taknya, mula-mula rasa macam makan singgang seafood, tiba-tiba rasa seperti makan tom yam putih pula. Tetapi yang paling penting rasa dia memang sodap!

Eh, korang jangan ingat penulis makan sorang tau, rakan sepejabat pun turut sama menikmati hidangan yang disediakan oleh mereka ini. Semua pun berpuas hati!

Rakan penulis pun ada yang memuji menu Slow Simmered Homemade Tomato Sauce with Eggplant Over Tri Colored Fusilini Topped With Tempe ini, menarik katanya.

OHBULAN!RCP-5

Slow Simmered Homemade Tomato Sauce with Eggplant Over Tri Colored Fusilini Topped With Tempe

Gila tak menarik! Tak pernah dibuat orang makan pasta dengan tempe dan sambal terung. Mula-mula ingatkan tak kena, tetapi ternyata menu ini sangat sedap hingga penulis sempat merasa sesudu sahaja. Selebihnya orang lain dah bedal.

Kalau tak percaya, korang cubalah sendiri. Sila-silalah jenguk laman Facebook dan Instagram mereka. Menu yang disediakan selalunya akan dimuat naik setiap minggu tau. Tetapi korang tak bolehlah pilih menu, kerana setiap hari hanya satu menu yang disediakan.

OHBULAN!RCP-25

Walaubagaimanapun, korang tunggulah menu di hari-hari seterusnya, mana tau kena pada tekak dan selera kan? Paling dahsyat, anda boleh menikmati hidangan mereka ini dengan harga RM15 sahaja. Syoknya!

Oh, sebelum terlupa, sempena Aidilfitri yang bakal tiba nanti, mereka memperkenalkan Hari Raya Tiffin Carriers yang mengandungi biskut raya, kurma, kacang dan banyak lagi.

Jadi, apa tunggu lagi, jom ramai-ramai buat panggilan dan tempahan. Korang pasti puas hati! Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi mereka disini.

SKIP THIS AD ×