berita

Forum Perniagaan PKS BH 2021 Bantu Usahawan, Daftar Sekarang Untuk Sertai!

October 11th, 2021 | by Iera Zahirah
Shout Out!

Sekadar gambar hiasan

Setelah hampir dua tahun wabak Covid-19 melanda dunia, kegiatan ekonomi di Malaysia terkesan terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta para usahawan. Namun begitu, kerajaan telah memaklumkan bahawa Malaysia bakal beralih ke fasa endemik dan sedikit sebanyak dapat memberi sinar baru kepada para usahawan PKS.

Forum Perniagaan PKS BH 2021 diadakan pada 14 & 15 Oktober

Sepanjangan pandemik Covid-19 melanda, terdapat hampir 960,000 PKS di Malaysia terpaksa gulung tikar. Sebagai penyumbang sebanyak 48% keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan menyediakan 7,000,000 peluang pekerjaan, PKS mampu berdaya saingan kembali.

Berita Harian (BH) dan REV Media Group mengambil inisiatif untuk membantu para usahwan PKS dengan menganjurkan Forum Perniagaan PKS BH 2021 untuk mengupas persoalan serta iltizam untuk terus bangkit menghadapi cabaran masa depan PKS.

Forum Perniagaan PKS BH 2021 ini bakal berlangsung pada 14 dan 15 Oktober dengan menampilkan Fiza Sabjahan dan Datin Seri Fazilah Hani Harun sebagai hos dan moderator.

Forum Perniagaan PKS ini mengumpulkan ahli panel jemputan yang arif dalam industri PKS bagi mendedahkan masalah dan realiti sebenar dialami serta mengenal pasti usaha yang boleh dilakukan oleh pengusaha PKS.

Dalam pada itu, Forum Perniagaan PKS turut membincangkan inisiatif serta galakan pelbagai pihak untuk menyokong proses pembangkitan semula PKS.

Pendigital operasi perniagaan menjadi satu keperluan

Antara pakar industri terlibat adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Mahadhir Aziz, Ketua Jualan & Pengurusan Akaun Perniagaan Celcom Axiata Berhad, Iskandar Dzulkarnain Abd Razak, Ketua Pegawai Kewangan, Bukit Bintang City Centre (BBCC), Farizal Zainudin dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz, Pendigitalan operasi peniagaan menjadi satu keperluan kepada pengusaha PKS untuk terus kukuh dan berdaya saing dalam persekitaran perniagaan global.

Sebagai peneraju ekonomi digital negara, MDEC sedia menyokong transformasi digital PKS di Malaysia menerusi pelbagai inisiatif di bawah kempen #SayaDigital, yang selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

Walau bagaimanapun, terdapat lima sesi forum akan berlangsung sepanjang dua hari yang akan disiarkan menerusi laman web mikro Forum Perniagaan PKS BH 2021. Orang ramai yang berminat untuk menyaksikan Forum Perniagaan PKS boleh mendaftar di https://www.bharian.com.my/bhsme.

SKIP THIS AD ×