berita

Foto: 7 Tahun Berkahwin, Dato’ Siti Makin Bahagia

August 22nd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-08-22 at 12.18.46

Selain daripada Aaron Aziz, nampaknya Dato’ Siti Nurhaliza juga berkongsi bulan yang sama untuk menyambut ulangtahun perkahwinan bersama suami tercinta pada 21 Ogos lepas.

Melalui gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram miliknya, dapat dilihat kebahagiaan jelas terpancar di wajah penyanyi kebanggaan negara itu.

Menariknya, dalam banyak-banyak ucapan tahniah yang diterima Dato’ Siti, terselit juga tweet daripada anak Datuk K bersama bekas isterinya, Asyraf Khalid yang turut sama mendoakan kebahagiaan bapa dan ibu tirinya.

Screen Shot 2013-08-22 at 12.11.41

Walaupun masih belum dikurniakan anak, namun kehidupan Dato’ Siti dilihat tidak sunyi dengan kehadiran anak-anak tiri yang cukup mesra dengan dirinya.

Bagi yang mungkin terlupa, Dato’ Siti telah mendirikan rumahtangga dengan Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan majlis perkahwinan mereka itu mendapat jolokan ‘Wedding of the Decade’.

Untuk peminat-peminat Dato’ Siti, di bawah ini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto terkini penyanyi kesayangan anda yang semakin jelita dan kelihatan lebih bahagia.

SKIP THIS AD ×