berita

Foto : Aaron Aziz Beraya Di Cape Town Untuk “Fear Factor”

October 24th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Haji merupakan perayaan yang menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah.

Apabila tibanya musim Hari Raya Haji tersebut, pasti segala persiapan malah sambutan akan diuruskan dengan meriah sama ada dikampung mahupun di rumah keluarga. Namun, tidak pula bagi selebriti-selebriti tanah air yang menyertai program realiti ‘Fear Factor Selebriti Malaysia’. Mereka yang tiba di Cape Town, South of Afrika isnin lepas terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha disana pada Oktober 26 ini nanti.

Bercerita mengenai program yang mereka sertai, ianya adalah salah sebuah program realiti yang menguji ketahanan mental dan fizikal para artis dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan sebelum membawa pulang hadiah lumayan yang berjumlah RM200,000.

Terdapat beberapa artis yang terlibat dalam rancangan ini antaranya Dafi, Zawen, Hafizul, Fairul, Didie Alias, Isham, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka Ashraff, Ezlynn, Ajak Shiro, Dazrin, Hairul, Farish Aziz, Akim, Azam Pitt, Nik Michael, Arthur, Zoey, Dr Faiz, Gambit Saifullah, Azri, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Celina Khor, Ammar, Atu Raja Lawak, Alam Wakaka Crew, Iz OIAM dan Yassin.

Berikut merupakan foto-foto selebriti tempatan semasa menjalani bootcamp di Malaysia. Nantikan foto-foto mereka di Cape Town kelak :

Sumber : Facebook Fear Factor Selebriti Malaysia

SKIP THIS AD ×