berita

Foto : Adakah Ini Kekasih Chacha Maembong?

November 22nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

CHACHA

Sebelum ini, sebuah portal hiburan tempatan telah berkongsi beberapa keping foto mesra antara Chacha Maembong dan seorang jejaka bernama Iqwal. Juga salah seorang penyanyi, kami yakin ada dari anda yang masih belum mengenali siapakah Iqwal Hafiz ini, kan?

Jejaka yang hangat dikaitkan dengan Chacha ini sebenarnya merupakan penyanyi yang mewakili Malaysia untuk World Championship of Performing Arts di Hollywood. Walaupun kisah mereka sudah lama diketahui umum, namun penyanyi dan pelakon ini bijak menyembunyikan kisah cinta mereka daripada diketahui ramai.

Menerusi laman Twitter Chacha, pelakon tersebut secara terang, retweet kembali sebuah status dari peminatnya yang mendoakan agar Chacha dan Iqwal berbahagia. Ini sekaligus mengiyakan gosip mengatakan Chacha dan Iqwal bercinta.

1

Berbanding Chacha, Iqwal dilihat lebih kerap memuatnaik fotonya bersama pelakon tersebut, dimana penyanyi itu turut menggelarkan Chacha sebagai #princessvampire

Untuk makluman, Chacha Maembong kini sibuk mempromosikan Mamee Chef  bersama Zizan Razak dan Kaka Azraff manakala Iqwal pula dilihat menumpukan sepenuh perhatiannya menerusi lagu terbaru Takdir Cinta.

Mari layan video mesra daripada mereka berdua selepas ini!

SKIP THIS AD ×