berita

Foto : Tak Berselindung Lagi, Aeril & Wawa Sambut Ulangtahun Perkahwinan Kedua

February 27th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

aeril zafril-2

Jika anda masih ingat, 2013 merupakan tahun yang agak mencabar buat pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal apabila berita mereka bernikah sebanyak dua kali terbongkar sekaligus memaksa kedua-duanya menjelaskan status perkahwinan yang dilangsungkan secara rahsia itu.

Selepas mengaku telah berkahwin, kehidupan mereka kembali tenang dan pasangan itu kini dilihat bersikap lebih terbuka mengenai kehidupan yang baru dibina bersama anak sulung, Ahmad Fakharuddin Attar.

Selain semakin aktif memuat naik gambar putera kesayangan mereka, Aeril dan Wawa juga tidak kekok untuk berkongsi foto-foto mereka berdua yang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat.

aeril zafril-3

Attar lebih mirip Aeril atau Wawa?

Dan semalam, Aeril menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik sekeping gambar bersama isteri tercinta yang kelihatan romantis bertentangan mata sambil menikmati makanan.

Menerusi foto tersebut, Aeril mengucapkan selamat ke atas ulangtahun kedua perkahwinan mereka dan berterima kasih kepada Wawa kerana menjadi teman, isteri, dan ibu yang menawan.

aeril zafril-1

Dalam diam sudah dua tahun Aeril dan Wawa berkahwin. Tahniah!

Pastinya sambutan ulangtahun pada tahun ini lebih menggembirakan apabila mereka tidak perlu lagi berselindung mengenai hubungan halal yang terjalin.

Buat semua pembaca OHBULAN!, mari lihat kebahagiaan keluarga Aeril dan Wawa di bawah ini. Apa yang pasti, anak mereka semakin comel bila sudah besar.

Kredit foto : Instagram Aeril Zafrel & Wawa Zainal

SKIP THIS AD ×