berita

Foto : Alessandrea Nama Puteri Kedua Harith Iskander

October 7th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Harith Iskander

Tahniah diucapkan buat pelawak terkenal, Harith Iskander dan isteri tercinta, Dr. Jezamine Lim yang telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka Jumaat lepas, tepat jam 11.26 pagi.

Berita gembira itu telah diumumkan sendiri oleh Harith menerusi laman sosialnya dan bayi comel tersebut telah diberi nama sebagai Alessandrea Jayne Iskander.

Berkongsi lebih lanjut mengenai nama yang diberikan itu, rata-rata pengikut laman sosial memuji keunikan nama tersebut dan menganggap nama yang dipilih adalah satu nama yang sangat vogue serta menarik.

Harith Iskander 3

Harith Iskander bersama dua cahaya matanya, Zander & Alessandrea

Selain itu, Harith turut melahirkan rasa lega dengan kelahiran cahaya mata keduanya dan menyifatkan isteri tercinta sebagai seorang wanita yang hebat serta hero di matanya.

Untuk makluman, Harith Iskander dan Dr. Jezamine Lim telah diijabkabulkan pada Julai 2010 dan sebelum ini mereka telah dikurniakan putera sulung, Zander Xayne Iskander pada 8 Mac 2012.

Di sini OHBULAN! ingin kongsikan juga beberapa foto bahagia keluarga Harith Iskander untuk tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Harith Iskander & Jezamine Lim

SKIP THIS AD ×