berita

Foto : Anne Ngasri Namakan Anak Keempat, Sufi Harraz

September 17th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Anne Ngasri  7

Rasanya ramai yang telah tahu bahawa Anne Ngasri dan suaminya, Mohd Sumali Reduan baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka minggu lepas.

Artikel Berkaitan :

Justeru itu, setelah hampir seminggu bayi comel tersebut dilahirkan, pasangan suami isteri ini telah bersepakat untuk menamakan bayi comel itu sebagai Sufi Harraz yang membawa maksud sebagai yang warak.

Anne Ngasri  5

Zara turut menjaga adik barunya, Sufi Harraz

Meskipun berpantang, nampaknya Anne masih lagi sempat berkongsi beberapa foto comel bayinya itu di laman sosial dan meneliti foto-foto tersebut, anak ketiganya, Nazharah Afrozah dilihat turut gembira sewaktu diberi peluang untuk menjaga adik barunya itu.

Wah, bagus Zara kan? Terserlah kasih sayang seorang kakak terhadap adiknya.

Untuk makluman, sebelum ini Anne pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan dan hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afrozah.

Bagaimanapun, di sini OHBULAN! ingin kongsikan juga beberapa foto comel Sufi Harraz dan Anne untuk tatapan anda semua. Jom layan!

Kredit Foto : Instagram Anne Ngasri

SKIP THIS AD ×