berita

Foto : Ashton Kutcher Pegang Watak Sebagai Steve Jobs

May 16th, 2012 | by M
Kini Trending

Pelakon Ashton Kutcher telah diberikan kepercayaan untuk memegang watak sebagai Steve Jobs untuk filem biografi berkenaan pengasas syarikat berasaskan teknologi paling bernilai di dunia, Apple sekitar April tahun ini.

Semalam, pelakon drama siri “Two and a Half Men” ini telah ditemui berpakaian ala Steve Jobs; lengkap dengan baju turtleneck serta seluar jeans labuh yang menjadi identiti kepada pengasas tersebut. Filem berjudul “Jobs : Get Inspired” ini mula menjalani rakaman selepas 6 bulan kematian Steve Jobs ekoran serangan kanser usus.

Diarahkan oleh Joshua Michael Stern, filem ini akan memaparkan kehidupan pengasas Apple serta inovasi beliau yang menjadi fenomena sedunia sejak tahun 1970 sehingga lewat 2010

Pelantikan Ashton Kutcher sebagai Steve Jobs dianggap ‘amat kena’ dengannya kerana pelakon ini amat giat melakukan pelaburan untuk syarikat-syarikat berasaskan teknologi dan internet seperti AirBnB, Skype, FourSquare, Fab.com dan Flipboard.

Filem ini dijangka akan dilancarkan ke seluruh dunia sekitar tahun depan.

Sumber berita: Huffington Post

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.