berita

Foto : Awi Rafael Dah Bertemu Kekasih Baru?

September 30th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Melodi Raya-15

Umum tahu sebelum ini penyanyi yang popular menerusi lagu Kalau Aku Kaya, Awi Rafael pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon dan model terkenal, Hanez Suraya. Namun begitu, hubungan cinta mereka putus di tengah jalan apabila kedua-duanya dikatakan sudah tiada sefahaman lagi.

Setelah beberapa bulan hubungan cinta mereka berakhir, timbul pula khabar angin mendakwa kononnya Awi Rafael mula menjalinkan hubungan cinta dengan Sasha Saidin dan dalam masa yang sama timbul juga spekulasi yang mengatakan bahawa Hanez Suraya sudah bertemu teman lelaki baru, berikutan tersebarnya beberapa foto mesra mereka sekitar 17 September lalu.

Bagaimanapun, masing-masing telah menepis khabar angin tersebut dan menjelaskan bahawa hubungan mereka sekadar teman biasa sahaja.

Artikel Berkaitan :

Setelah reda dakwaan tersebut, timbul pula gosip terbaru apabila Awi mula memuat naik beberapa fotonya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Anne.

Awi Rafael

Foto mesra Awi Rafel & Sarah Anne

Meneliti setiap respon yang diberikan oleh para pengikut laman sosial Awi, ramai yang memuji kecantikan wanita tersebut dan ada juga yang menyerkap jarang dengan mengatakan bahawa mereka bersetuju serta merestui hubungan Awi bersama Sarah.

Akan tetapi penyanyi itu telah membalas respon tersebut dengan menjelaskan bahawa dia dan Sarah sekadar teman biasa dan tiada sebarang ikatan istimewa antara mereka.

Apa pun jika dilihat sekali imbas, wajah wanita tersebut ada juga iras-iras Hanez Suraya kan? Untuk semua peminat Awi Rafael, jom layan beberapa foto terbaru penyanyi tersebut selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Awi Rafel

SKIP THIS AD ×