berita

[FOTO] Bahana Ingin Samun Atlet Wanita MMA.. Muka Rabak Habis!

January 8th, 2019 | by Ash Nordin
Kini Trending

Jika anda menganggap wanita merupakan golongan yang lemah, ternyata tanggapan anda silap. Seorang penyamun tersalah mangsa apabila ingin merompak seorang wanita di Rio Di Janeiro, Brazil tetapi sebaliknya dia dipukul teruk oleh mangsa yang ingin dirompaknya, iaitu atlet wanita seni bela diri campuran (MMA), Polyana Viana. Baca untuk berita lanjut.

Salah orang nak samun

Cubaan seorang lelaki untuk menyamun bertukar tragedi apabila dia dibelasah teruk oleh mangsa yang ingin dirompak, Polyana Viana iaitu atlet MMA yang juga turut dikenali sebagai ‘Wanita Besi’.

Juara Ultimate Fighting Championship (UFC) kategori strawweight itu dikatakan menewaskan susupek dengan dua tumbukan serta sepakan, sebelum menggunakan teknik ‘rear-naked  choke’ seterusnya memaksa lelaki terbabit duduk sambil menunggu ketibaan polis.

Situasi bermula apabila Viana sedang menunggu kenderaan Uber di luar blok pangsapuri yang dihuninya. Menurutnya, suspek memiliki sepucuk pistol tetapi tidak sempat melakukan apa-apa kerana Viana pantas mempertahankan diri.

Walaubagaimanapun, Viana mendapati pistol yang dimiliki suspek hanyalah sebuah replika diperbuat dari kadbod tebal. Viana juga turut berkongsi foto keadaan suspek yang berdarah dan lebam sementara menunggu polis tiba.

Saya rasa dia dalam ketakutan kerana tidak menyangka saya akan bertindak sepantas itu.

Sumber: Berita Harian & MMA Junkie

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×