berita

Foto Balik Rumah Naik Bas Selepas Bersunat Viral, Ini Kisahnya..

December 4th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini, viral di laman media sosial gambar seorang kanak-kanak yang seperti baru lepas berkhatan pulang ke rumah dengan hanya menaiki bas sehingga membuatkan netizen tersentuh. Perkongsian itu telah dibuat pengguna Facebook Nor Shabiha Khairi yang mana dia turut meminta agar mana-mana individu memberikan maklumat tentang kanak-kanak itu dengan niat untuk memberikan sedikit hadiah.

Terbaru, menerusi satu perkongsian terbaru yang dibuat pengguna Facebook tersebut, dia dikhabarkan telah berjaya mendapatkan maklumat tentang kanak-kanak itu dan telah memberikan hadiah seperti yang dijanjikan.

Keluarga kurang senang

Alhamdulillah. Ibu pada anak yang bersunat naik bas tu dah contact saya atas jasa baik kalian yang sebarkan post saya tadi. Dan selesai lah niat saya nak berikan hadiah pada keluarga ini.

Untuk makluman semua, Mereka tinggal di atas rumah kedai, di Subang Perdana. Ibunya seorang ibu tunggal. Facebook ibunya Siti Sham. Nama anaknya Nasmir Amir. Anaknya berumur 9 tahun. Sama sebaya umur ngan anak saya.

Mereka tak dapat nak buat kenduri atau apa-apa sebab mereka dari keluarga kekurangan dan jika diberi wang pun mereka tiada kawan dan kenalan di sana untuk menghadiri.

Terima kasih

https://www.facebook.com/100012428986450/videos/770202836737342/?t=1

Jadi, ini sahaja yang saya dapat beri dari pihak saya. Ibunya sendiri bawa pergi makan atas saya yang jauh di Perak. Dan semoga lebihan ibunya dapat guna untuk buat beli peralatan sekolah.

Terima kasih semua yang sebarkan. Semua ini berlaku atas jasa baik kalian semua, atas keperihatinan kalian semua juga. Terima kasih selesaikan niat saya. Alhamdulillah.

Netizen terharu

Rata-rata pengikutnya di Facebook meluahkan rasa syukur dan terharu dengan kesungguhan wanita ini dalam membantu kanak-kanak itu. Malah, ada dalam kalangan netizen juga berniat untuk membantu keluarga kanak-kanak tersebut selain turut sempat mendoakan agar urusan keluarganya dipermudahkan selepas ini.

Sumber: Facebook Intan Nurfatiha

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×