berita

[FOTO] Bapa Bina ‘Pondok Mainan’ Buat Anak, Hasilnya Memang Luar Biasa! Siap Ada Dapur & Ruang Tamu

November 28th, 2020 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Pengorbanan yang dilakukan ayah tidak terhitung nilainya dengan wang ringgit. Malah, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi senyuman di bibir anak.

Seperti perkongsian Sal Lina di laman lanskap keliling rumah, suaminya membina pondok kecil dilengkapi dengan dekorasi dan mainan untuk anak perempuan mereka, Anum Zulaikha. Lihatlah hasilnya, memang mengagumkan.

Sentuhan istimewa suami

Di laman hadapan rumah, sebuah pondok mainan telah siap dibina. Sentuhan tukangan istimewa suamiku buat anakanda kami Anum Zulaikha. Sungguhpun kecil tetapi besar buat anak ini. Gembira melihat dia bermain, membaca, memasak dan berlarian di laman dengan riangnya. Selesai satu projek PKP. Stay at home main pondok pondok.

Hari pertama pembikinan. Tak perlu buat besar-besar, sekadar pondok kecil.

Difahamkan, projek bina pondok kecil ini dilakukan suami ketika perintah kawalan pergerakan baru-baru ini. Sentuhan istimewa ini adalah ‘hadiah’ daripada suami buat anak mereka.

Projek bermula

Rangkanya dibawa ke tapak projek.

Yang kecil tu sibuk mahu membantu.

Pasang atap.

Papan cantik keliling pondok.

Tingkap dan pintu. Pintu boleh lipat lipat untuk jimat ruang.

Pagar dan tangga.

Baru selesai di varnish.

Bunga hiasan dekat dapur memasak

Pasang para para, untuk bunga hiasan.

Kena letak tinggi sikit, kalau tak…hehe

Abah order makanan. Telur goreng tak masak masak hehe

Ruang santai ada rak buku & kerusi jati

Rak buku abah buat yang simple but nice. Yang ini letak rendah sikit mudah dicapai untuk anak ambil bukunya.

Letak sebuah kerusi jati dekat dengan buku untuk duduk duduk.

Siap ada mini zoo

Cukup aliran udara, nyaman sikit angin masuk.

Zoo Mini Panda Giant di luar pondok untuk pendidikan alam sekitar . Cintai hidupan liar yang makin pupus. Abah buat zoo kurang 2 hari. Ibu alih dan masukkan panda kurang 1 jam. Kerja ibu, senang je.

Pendidikan luar bilik darjah.

Hadiah buat Anum Zulaikha

Dapur masak yang tak masak-masak.


Boleh duduk dan tidur baring.

Alhamdulillah siap. Sebuah pondok kecil sebagai hadiah buat anakanda Anum Zulaikha.

Sumber: Sal Lina, Laman Lanskap Keliling Rumah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×