berita

[FOTO] Baru Hari Pertama Mengajar, Guru Bahasa Inggeris Ini Curi Tumpuan Netizen

June 18th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika korang seorang gadis, korang pasti tergoda dan bersemangat untuk hadir ke sekolah sekiranya cikgu korang merupakan jejaka yang kacak, muda dan berpenampilan menarik. Betul tak?

Begitulah yang terjadi kepada cikgu Fildza Daniel, 21 tahun, yang viral di Twitter apabila dia memuat naik foto hari pertamanya bertugas sebagai guru praktikal di sebuah sekolah rendah di Selangor. Foto yang dimuat naik olehnya ternyata mendapat pelbagai komen dan likes daripada netizen. Wow!

Day 1 as English teacher

Menerusi Twitter Fildza Daniel, dia berkongsi dua foto hari pertamanya sebagai guru Bahasa Inggeris. Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 2k retweet dan 13k likes daripada netizen.

Wow kacaknya!

Manisnya senyuman

Macam model pun ada

Reaksi netizen

Rata-rata netizen teruja dan berhasrat untuk kembali ke alam persekolahan setelah melihat foto ketampanan guru tersebut. Malah, ada juga segelintir gadis menyatakan sanggup hadir ke kelas tambahan dan akan memberi tumpuan sepenuhnya jika Fildza adalah guru mereka.

Sumber: Fildza Daniel

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×