berita

Foto : Berhijab, Fasha Persis Gadis Arab

October 10th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Fasha Sandha

Jika sebelum ini OHBULAN! telah kongsikan beberapa foto Dynas Mokhtar yang ayu bertudung untuk drama lakonannya, Projek Memikat Suami, terbaru kami ingin kongsikan pula foto pelakon jelita, Fasha Sandha yang turut dilihat sangat anggun dan manis bertudung litup untuk satu sesi photoshoot yang baru diadakan semalam.

Melalui perkongsian foto-foto tersebut, Fasha kelihatan sangat ayu apabila mengenakan tudung berwarna kuning dan dipadankan dengan blaus berwarna biru turquoise.

Penampilan Fasha turut menarik perhatian beberapa pengikutnya di laman sosial dan rata-rata peminat mengharapkan agar penampilan sebegitu akan terus berkekalan.

Fasha Sandha 2

Fasha Sandha dikatakan seperti gadis arab

Dalam pada itu, ada juga peminat yang mengatakan wajahnya seolah-olah gadis arab dan menyifatkan penampilan sopan sebegitu adalah lebih sesuai untuk dirinya berbanding sebelum ini.

Apa pun, untuk semua peminat yang rindukan kemunculan Fasha, jangan lupa untuk menonton telemovie terbarunya berjudul Cinta Mat Semperit yang akan ditayangkan sempena Hari Raya Aidiladha akan datang, di TV3.

Sedikit hiburan untuk anda semua, di sini OHBULAN! selitkan juga sedutan rakaman video Fasha menerusi telemovie tersebut. Jom layan!

Kredit Foto & Video : Instagram Fasha Sandha & Deq Sha

SKIP THIS AD ×