berita

Foto Bulan Madu Black & Isteri Di Korea

September 30th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-09-29 at 21.28.22

Sejak diijabkabulkan dengan sekali lafaz dan diraikan oleh ribuan saudara-mara, sahabat handai serta peminat, Black dan isterinya langsung tidak membuang masa untuk menikmati bulan madu mereka.

Untuk makluman anda, Black dan Cira Khairi terlebih dahulu terbang ke Langkawi untuk pra bulan madu selama beberapa hari sebelum bertolak ke Korea pada 23 September yang lalu.

Screen Shot 2013-09-29 at 21.27.00

Bertuah sungguh pasangan ini kerana percutian bulan madu mereka di Korea itu dipercayai mendapat liputan pihak produksi program Romantika terbitan Astro.

Sepanjang berada di sana, pengantin baru ini tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan cinta mereka di Love Locks, salah sebuah destinasi terkenal untuk dilawati di Korea.

Screen Shot 2013-09-29 at 21.10.12

Pastinya bulan madu kali ini merupakan percutian yang paling indah. Di samping berpeluang terserempak dengan pelakon antarabangsa, Brian Tee, Black dan Cira juga dapat menikmati makan malam romantik di Restoran Mentari milik rakyat Malaysia.

Untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sediakan beberapa keping foto dan video bulan madu Black bersama Cira di Korea dan Langkawi untuk tatapan anda.

SKIP THIS AD ×