berita

Foto: Cheryl Samad Timang Cahaya Mata Pertama

October 31st, 2013 | by Ai
Kini Trending

cheryl

Tahniah diucapkan buat Cheryl Samad dan suaminya yang telah selamat menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka selama dua tahun.

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Cheryl sendiri di laman Instagram miliknya petang semalam menerusi sekeping foto comel bayi perempuannya.

Screen Shot 2013-10-31 at 11.19.06

Tidak seperti orang lain, Cheryl nampaknya lebih gemar mengambil pendekatan untuk tidak menghebohkan kelahiran bayi sulungnya pada hari yang sama.

Sebaliknya pengacara ini menunggu beberapa minggu sebelum mengumumkan berita tersebut kepada khalayak.

Untuk pengetahuan anda, Cheryl melahirkan bayi bernama Stella itu pada hari Jumaat dua minggu lepas bersamaan dengan 18 Oktober 2013.

SKIP THIS AD ×