berita

Foto: Cristina Suzanne Sudah Bertunang

October 14th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Cristina-Suzanne-Stockstill

Tidak lama dahulu, pelakon yang jarang menjadi perhatian media ini pernah digosipkan bercinta dengan Bront Palarae.

Namun kedua-duanya menafikan perkara tersebut hinggalah kisah perkahwinan Bront yang diadakan secara senyap-senyap diketahui umum beberapa bulan lepas.

Cristina atau lebih mesra disapa Crissie pula telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan ibunya pada 13 Oktober 2013 (semalam).

Screen Shot 2013-10-14 at 11.57.15

Bagaimanapun Crissie dilihat tidak menggembar-gemburkan pertunangannya itu di laman sosial, malah tidak ada sebarang petunjuk diberikan di Twitter miliknya.

Namun begitu, majlis penuh berseri itu turut dihadiri oleh Hanis Zalikha yang merangkap kawan baik kepada Crissie.

Pelakon berusia 28 tahun ini kelihatan ayu mengenakan pakaian warna kuning berlabuci sambil duduk di atas pelamin yang turut dihias cantik.

Crissie difahamkan akan menamatkan zaman bujang dengan kenalan lamanya itu pada bulan Januari tahun hadapan.

Untuk makluman anda, Crissie yang pernah menyertai program Pilih Kasih 2 mula dikenali melalui drama bersiri Bicara Hati. Baru-baru ini juga Crissie membintangi filem KIL dan digandingkan bersama Redza Minhat.

Kredit foto: Instagram Hanis Zalikha dan Marsha Milan Londoh