berita

[FOTO] Daripada Pangsapuri Biasa, Lelaki Ini Transform Rumahnya Jadi ‘Kondominium’.. Style Habis!

June 18th, 2019 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

Selepas diubahsuai, siapa sangka pangsapuri usang ini berjaya menjadi sebuah rumah cantik, simple dan elegant dengan kos upah RM10k. Menurut pemilik, Cikgu Farid Saadul Baharim, ini merupakan rumah pertama beliau dan hampir 95% idea dekorasi datang dari dirinya sendiri.

Jom tengok perubahan sebelum dan selepas, style habis!

Kos upah pekerja RM10k

Buat ikut kemampuan

Sebelum dan selepas

Tingkap tu saya tukar buat sliding dan buat tinggi lagi. Dulu berangan nk duduk rumah tingkat atas, tingkat 30 ke. Pastu ada balkoni. Tapi dah umur macam ni takyah la cari tingkat tinggi sangat jadi apa-apa nnti jenuh nk tunggu lif. Satu lagi kalau tiba-tiba nk romantik dengan isteri nak dukung dia masuk rumah jenuh dukung kalau rumah tingkat tinggi sangat. So buat la tingkap tinggi konon ala-ala macam ada balkoni.

Tingkap sy tukar sliding senang, berhabuk pun senang lap, saya tak suka langsir. Rimas langsir-langsir ni, nak-nak lagi kalau masak nanti bau asap pula, habuk lagi tak yah cakap la kalau pasang langsir.

Bilik air ni asalnya kecik je tapi saya besarkn dengan pecahkan tembok belah kanan tu, jadi bilik air nampak panjang. Luas sikit, nak mandi berdua pun muat la. Eh mandikan anak la.

Ni sebelah pintu masuk, ada tempat letak kunci dan board. Board tu untuk letak surat, nota, bil-bil yang wajib kena bayar. Kalau tak bayar kena potong pula. Dua-dua tu beli at IKEA.

Lorong ke arah pintu keluar, kat sini letak gambar kanvas family pula. Family lelaki and perempuan, asal nak keluar je tertengok gambar family…tetiba terdendang lagu. Siti nurhaliza air mata syawal. Nak keluar je nyanyi lagu tu. hehehe

Sofa saya beli dekat kedai perabot biasa-biasa je. Asal nak beli yang jenis pvc tapi sekarang ni musim panas, nanti dah berpeluh melekit lagi. So beli jenis kain, janji comfy. Ruang tempat duduk dia sebenarnya besar dia boleh duduk bersila atas tu. Bukan standard saiz yang setakat boleh duduk je. Memang nak cari jenis tempat duduk besar boleh duduk-duduk baring dengan isteri sambil tengok tv. Sewit angat. Patung bantal dua ekor tu anak murid bagi, nampak tak cikgu hargai hadiah kamu letak dekat ruang tamu tu..heheh

Tengah-tengah bawah tu frame replika cek hantaran, letak situ hari-hari boleh nampak ingat balik susah senang kumpul duit. Baru kita hargai perkahwinan ni, tak ada la gatai nak cari lain

Memandangkan rumah agak kecil, nak beli meja makan pun macam tak ada keperluan lagi, yela dua ketul je, ruang sempit sikit pula tu, jadi kami buat top table dan letak kerusi tinggi makan berdua. Boleh main cak cak belakang tiang and dapur. Nampak tak ruang depan luas macam saya kata tadi biar ada ruang nak berlari-lari nak kejar-kejar dengan isteri hahahah

Sumber : Cikgu Farid Saadul Baharim

The following two tabs change content below.