
Pada penghujung minggu yang baru-baru ini, beberapa keping foto Siti Nurhaliza bertudung litup penuh telah tersebar di beberapa buah blog-blog hiburan tempatan.
Gambar yang diambil dari laman Instagram itu juga dikuatkan lagi dengan kenyataan Siti Nurhaliza kepada sebuah tabloid tempatan yang mengatakan ini adalah imej terbarunya sempena umur yang sudah mencecah 34 tahun.
Nampaknya, Siti tampak lebih anggun dan cantik dengan imej barunya ini dan semoga lebih ramai artis lain yang akan mengikut jejak langkahnya. Mari lihat foto-foto lain Datuk Siti bertudung penuh selepas ini.