Tindakan seorang ‘influencer’, Nadira Isaac memuat naik foto bersama Pencetus Ummah (PU) Amin yang hadir ke sebuah majlis berbuka puasa dikecam netizen. Rata-rata netizen mempersoalkan niat influencer berkenaan berkongsi foto ‘seksi’ bersama PU Amin itu.
Tidak berakhir di situ, PU Amin turut memberi respon terhadap foto berkenaan apabila segelintir netizen menganggap mereka telah mempergunakan pendakwah bebas itu untuk mendapatkan publisiti.
‘Sedih sebab jumpa kejap je’
Difahamkan, PU Amin menghadiri jemputan ke sebuah majlis berbuka puasa yang dianjurkan mereka dan bagi menyampaikan tazkirah agama sebelum waktu berbuka. Namun tumpuan terarah kepada ‘pose’ wanita itu yang dengan sengaja berdiri dalam posisi yang menampakkan punggung.
Malah, rata-rata menganggap influencer berkenaan hanya ingin menggunakan PU Amin sebagai publisiti bagi mempromosikan produk dan mahu lebih dikenali ramai. Netizen turut bersimpati dengan PU Amin yang dilihat jadi mangsa keadaan.
‘Tak sangka viral’
Meninjau di laman IG Stories Nadira Isaac turut kelihatan dia berkongsi potongan respon PU Amin sendiri. Tambahnya, dia turut tidak sangka acara berkenaan menjadi bahan bualan ramai sehingga viral dan menyatakan niatnya mengundang PU Amin adalah untuk memeriahkan suasana majlis berbuka puasa.
Respon PU Amin
Dalam pada masa yang sama, PU Amin menerusi perkongsiannya di laman Instagram rasmi turut kelihatan memberi respon terhadap isu berkenaan. Katanya, dia perlu mendekati pelbagai golongan masyarakat bagi tujuan berdakwah. PU Amin berharap agar orang ramai dapat mendoakan mereka dan dia turut menjelaskan tujuannya ke sana.
Sumber: PU Amin, Nadira Isaac