![]()
Pelbagai produk multilevel (MLM) kini dilihat membanjiri pasaran, daripada produk menguruskan badan sehinggalah untuk memutihkan kulit, semuanya mengatur strategi tersendiri demi bersaing dengan produk yang lain.
Rasanya tidak salah untuk membuat promosi produk, namun ianya haruslah dilakukan dengan beretika. Tambahan pula jika mahu menggunakan nama atau imej seseorang yang dikenali.
Terkini, Wawa Zainal telah memuatnaik sekeping gambar menerusi laman Instagram berserta caption yang menafikan penglibatannya dengan sebuah produk MLM.
![]()
Wawa Zainal menjadi mangsa promosi produk MLM
Foto yang baru sahaja dimuatnaik semalam itu jelas menunjukkan bahawa Wawa Zainal dan pihak pengurusannya amat mengambil berat terhadap perkara ini.
Bagi OHBULAN! teguran yang dilakukan oleh isteri Aeril Zafril ini ada asasnya kerana ia dilihat berkait rapat dengan imej Wawa Zainal sendiri.
Mana tahu jika ada sebarang kekurangan pada produk tersebut, berkemungkinan besar nama pelakon cantik ini juga akan terheret sama.
Selepas ini, diharapkan para peniaga MLM di luar sana akan bersikap lebih prihatin terhadap perkara ini kerana silap haribulan produk anda juga akan terjejas.





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)