berita

Foto : Emma Dapat Hadiah Perfume Dari Zizan?

December 4th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-12-04 at 12.20.42 AM

Sebelum ini, nama pelawak terkenal iaitu Zizan Razak  kecoh di beberapa buah portal hiburan gara-gara tindakan segelintir pengikut laman Instagram-nya yang membuat andaian bahawa dia sedang bercinta dengan pelakon jelita, Emma Maembong.

Walaupun Zizan bermati-matian menafikan gosip bahawa dia bercinta dengan Emma, namun peminat masih tidak jemu-jemu membongkar gosip tentang hubungan mereka.

Artikel berkaitan : Bukti Apa Yang Mereka Ada? – Zizan Respon Gosip Cinta Emma Maembong

Terbaru, menerusi laman sosial Instagram miliknya, Zizan dilihat telah memuatnaik sekeping foto minyak wangi berjenama Chanel yang terdiri daripada warna hitam dan merah jambu.

Zizan Razak

Kanan : Zizan dipercayai memberi hadiah kepada Emma Maembong

Melalui perkongsian tersebut, Zizan telah menulis sepatah perkataan yang berbunyi satu untuk awak satu untuk saya.

Apa yang menarik perhatian kami ialah selang beberapa jam kemudian, Emma juga telah memuatnaik sekeping foto minyak wangi Chanel berwarna merah jambu yang menyerupai gambar minyak wangi di akaun Instagram milik Zizan sambil meluahkan rasa terima kasih.

Adakah minyak wangi ini hadiah daripada Zizan kepada Emma atau kebetulan saja?

Zizan Razak

Emma menerima perfume yang seiras di laman Instagram Zizan

Walaupun mereka tidak menyebut nama si pemberi, namun, rata-rata pengguna laman sosial sudah dapat meneka segala permainan cinta diantara mereka berdua ini.

Bagaimanapun, hanya tuan punya badan saja yang boleh membuat pengesahan tentang status hubungan mereka.

Apa-apa pun, mari layan foto-foto mereka ini. Enjoy!

Sumber : Instagram Zizan & Instagram Emma

SKIP THIS AD ×