berita

Foto : Esma Daniel Aktif Sukan Lasak?

November 22nd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

1

Sejak filem biografi arahannya berjudul Zaiton Ceritaku tamat pada tahun lepas, rasanya semakin jarang kami dengar cerita tentang pelakon ini. Esma Daniel yang juga bekas Hero Remaja ini, kini dikatakan sedang aktif melakukan sukan ekstrim. Betul ke?

Melalui laman Instagramnya, Esma Daniel dilihat aktif melakukan aktiviti lasak berbasikal bersama rakan penunggang yang lain. Apa yang pasti, foto-foto yang dimuatnaik oleh Esma Daniel menggambarkan keseronokan yang dirasai apabila menyertai aktiviti konvoi tersebut.

Berbicara mengenai aktiviti berbasikal, Esma Daniel dilihat bijak menyempurnakan citarasanya apabila memilih basikal jenama XDS berwarna merah putih untuk melaksanakan aktiviti yang dijalankan.

2

Esma Daniel dan penunggang basikal yang lain

Menerusi akaun Facebook Megariders, Esma Daniel baru-baru ini telah melakukan aktiviti kayuhan amal Allahyarham Asmui Ali bersama UITM Puncak Alam sempena memperingati pelumba basikal Terengganu yang maut kemalangan ketika menjalankan latihan pada 2 Oktober yang lalu.

Sebagai rujukan, Esma Daniel merupakan duta basikal jenama XDS, dimana dia merupakan selebriti pertama Malaysia yang diterbangkan khas ke kilang XDS di Shenzen, China.

Bagi anda yang ingin menyertai konvoi berbasikal bersama Esma Daniel, boleh dapatkan maklumat di Facebook rasmi selepas ini. Apa pun, mari layan foto Esma Daniel berbasikal selepas ini!

Sumber: Facebook Megariders dan Instagram Esma Daniel

SKIP THIS AD ×