Pelakon jelita, Fasha Sandha menyorot perhatian warganet apabila tampil dengan imej berhijab.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fasha Sandha Terus Bekerja Selepas Cerai Dengan Jejai, Tak Galakkan Wanita ‘Housewife’ Jadi Ibu Tunggal – ‘Hari Itu Juga Saya Shooting Drama’
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Letak Sekufu Nombor Dua, Utamakan Suami Dalam Rumah Tangga – ‘Bila Jadi Isteri, Tetap Hormat Walaupun Kita Lebih Berjaya’
Tampil berhijab
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan memuat naik beberapa keping foto momen ketika bersama rakan artis dan tetamu yang hadir di majlis perkahwinan anak kepada aktres, Sheila Rusly iaitu Luth Mikhail baru-baru ini.
Semasa majlis tersebut, Fasha kelihatan manis mengenakan hijab dengan baju kebaya berona hijau.
Dalam pada itu, tinjauan OhBulan! di IG Story pula mendapati, pelakon berusia 40 tahun tersebut turut memakai hijab semasa sambutan hari lahir anak kepada aktres Nora Danish iaitu Putra Rayqal Ramli.
Netizen doakan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan pelakon drama Rampas Cintaku tersebut dan berdoa agar dia tetap istiqamah dengan penampilan seperti itu.
Sumber: IG Fasha Sandha