berita

Foto : Fazura Di Sebalik Tabir Filem Manisnya Cinta Di Cappadocia

May 9th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

946410_166046493559279_1215743950_n

Beberapa jam lalu, Fazura baru sahaja memuat naik status di laman Twitternya berbunyi,

Day 10 of shoot for film #ManisnyaCinta. Alhamdulillah, walaupun letih tapi lakonan ialah passion faz.. Syukur.. ALLAH masih beri faz peluang. Wishing you a Happy day darlings. Be safe! Love always :)

Wah, meskipun sibuk menjalani sesi penggambaran, Fazura masih lagi sempat merakamkan beberapa foto menarik untuk dikongsikan bersama peminat tersayang menerusi laman Instagram-nya.

Untuk makluman, filem Manisnya Cinta di Cappadoccia ini merupakan arahan pengarah terkenal, Bernard Chauly dan ia turut dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal seperti Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Zaibo serta Rafidah Abdullah.

Secara dasarnya filem ini menceritakan tentang kehidupan seorang gadis bernama Ifti Liyana (Fazura) yang tidak pernah mendambakan kasih sayang daripada seorang lelaki, Fredo (Shaheizy Sam). Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu dan akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri. Apakak akan terjadi pada mereka selepas itu? Kenalah saksikan filem ini di pawagam nanti.

Berikut kami selitkan beberapa foto di sebalik tabir penggambaran filem Manisnya Cinta di Cappadoccia buat tatapan anda semua :

Filem Manisnya Cinta

Pasangan paling sweet dalam filem Manisnya Cinta di Cappadoccia

Filem Manisnya Cinta

Apa agaknya yang digelakkan oleh Rafidah dan Fazura ini ya?

486713_165556540274941_1323276114_n

Siapa lagi comel? Lisa ke Fazura?

485613_166118376885424_209965236_n

Stailkan gaya Bernard Chauly bekerja :)

48062_165556373608291_1641914180_nEh, Zaibo pun kena make up juga ke?

Bagi anda yang ingin melihat gambar serta perkembangan terbaru filem romantik komedi ini, anda boleh pergi ke laman Facebook rasmi Manisnya Cinta di Cappadoccia.

Kredit Foto : Facebook Manisnya Cinta Di Cappadoccia