berita

Foto : Fazura Duta Produk Lux White Impress

November 2nd, 2012 | by M
Lensa Insta

Pelancaran produk mandian badan, Lux White Impress menyaksikan aktres jelita, Fazura diberikan kepercayaan oleh syarikat induk, Unilever sebagai duta produk berkenaan dalam sebuah majlis penuh gilang-gemilang, kelmarin.

Berjaket putih dengan rambut yang disisir rapi membuatkan penampilan Fazura kelihatan sungguh elegan dan anggun.

Kombonasi busana daripada rona putih dan hitam merupakan gabungan yang sungguh ideal dan mampu menonjolkan lagi sifat feminin model jelita ini.

Penampilan Fazura bertambah berseri dengan adanya penambahan aksesoi seperti subang bersaiz panjang serta padanan solekan yang ringkas.

Berikut merupakan beberapa foto Fazura di sekitar pelancaran produk Lux White Impress baru-baru ini.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×