berita

Foto-Foto Pemenang Anugerah Blockbuster 2013

June 17th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Konsert Anugerah Blockbuster-290

Pada malam Sabtu yang lepas, Anugerah Blockbuster 2013 telah diadakan secara langsung di Stadium Tertutup MBJB, Johor. Walaupun baru pertama kali diadakan di luar kawasan Kuala Lumpur, namun sambutan yang diterima dari rakyat Johor dilihat sangat memberangsangkan.

Majlis anugerah yang baru memasuki tahun kedua ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada penggiat-penggiat seni yang berjuang di dalam industri hiburan tempatan. Dan untuk pengetahuan anda, sebanyak 16 kategori telah dipertandingkan kali ini termasuklah 3 anugerah khas.

Menariknya, nama-nama besar seperti Dato’ AC Mizal dan Scha Al-Yahya dipilih bagi mengemudi majlis pada malam itu di samping gandingan mantap antara Tasha Shila, Hafizul, Hefny dan Hanis Zalikha yang bekerjasama bagi mengacarakan slot karpet merah.

Konsert Anugerah Blockbuster-229

Persoalan besar mengenai siapakah yang bakal memenangi kategori filem terhebat telah pun terjawab apabila filem Hantu Kapcai arahan Ghaz Abu Bakar berjaya diangkat sebagai Filem Terhebat Anugerah Blockbuster 2013.

Bukan setakat itu sahaja, watak utama Hantu Kapcai yang dijayakan oleh Zizan Razak juga telah berjaya memenangi empat lagi kategori yang lain.

Konsert Anugerah Blockbuster-322

Tidak ketinggalan, pengarah muda yang diakui bakatnya, Syamsul Yusof berjaya merangkul Anugerah Tuan Direktor Terhebat menerusi filem Jalan Kembali Bohsia 2.

Yang menarik mengenai Anugerah Blockbuster 2 ini ialah, sebuah kategori baru iaitu Anugerah Gempak WeChat telah diperkenalkan untuk meraih undian peminat dalam menentukan persembahan terbaik pada malam itu. Kategori Gempak WeChat ini menawarkan wang tunai berjumlah RM10,000 kepada artis yang berjaya mendapat undian tertinggi sewaktu membuat persembahan.

Berikut adalah keputusan penuh pemenang Anugerah Blockbuster 2013 yang berlangsung malam Sabtu lalu.

Anugerah Filem Terhebat
Hantu Kapcai

Anugerah Tuan Direktor Terhebat
Syamsul Yusof (Jalan Kembali Bohsia 2)

Anugerah Direktor Baru Terhebat
Dharma Harun Alrashid (Adik Manja Returns)

Anugerah Filem Aksi Terhebat
Hantu Kapcai

Anugerah Filem Kelakar Terhebat
Hantu Kapcai

Anugerah Drama Muzikal Terhebat
Aku Ada, Kau Ada?

Anugerah Filem Takut Terhebat
Sumpahan Kum-Kum

Anugerah Hero Terhebat
Zizan Razak (Hantu Kapcai)

Anugerah Heroin Terhebat
Yana Samsudin (3 Temujanji)

Anugerah Watak Penjahat Terhebat
Sofi Jikan (Jalan Kembali Bohsia 2)

Anugerah Lagu Tema Terhebat
Beginilah Caranya (Aku Ada, Kau Ada?)

Anugerah Hero Baru Terhebat
Izzue Islam (29 Februari)

Anugerah Heroin Baru Terhebat
Neelofa (Hantu Kapcai)

Pemenang PFM
Mejar David Teo

Pemenang Anugerah Astro First
Ombak Rindu

Pemenang Anugerah Gempak WeChat
Stacy

Walaupun ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan akhir, OHBULAN! tetap tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada semua pemenang yang berjaya membawa pulang trofi serta wang tunai.

Di sini, kami sertakan foto-foto sekitar Anugerah Blockbuster 2013 yang sempat dirakamkan oleh jurugambar OHBULAN!

SKIP THIS AD ×