berita

[FOTO] Honeymoon Pertama Emma Maembong & Suami Tarik Perhatian, Comelnya Baby Bump!

July 8th, 2020 | by Shahira
Lensa Insta

Pelakon cantik jelita Fatimah Rohani Binti Ismail atau lebih mesra dengan nama Emma Maembong berkongsi berita gembira di Instagram dengan memaklumkan dirinya kini sedang berbadan dua.

Tahniah Emma dan suami

https://www.instagram.com/p/CCV-XCsHAvg/

Menerusi perkongsian di Instagram, Emma Maembong turut memuatnaik beberapa foto bulan madunya bersama suami, Muhammad Shazli Azhar di sebuah pusat peranginan di Langkawi. Melalui kapsyen yang ditulis, Emma menyatakan bahawa kali ini merupakan bulan madu pertama dan percutian terakhir berdua bersama suami kerana selepas ini mereka bakal ditemani anak.

Wah nampak ‘baby bump’ lah!

Pasangan romantis ini telah mengenakan pakaian sedondon berwarna putih sambil si suami memegang perut Emma yang sudah menampakkan ‘baby bump’.

Romantiknya

Memetik laporan Berita Harian, usia kandungan Emma kini sudah mencecah 4 bulan dan dijangka bakal melahirkan pada bulan November depan.

Pasangan romantis!

Bergambar bersama Aprena

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tidak putus-putus meninggalkan ucapan tahniah buat pasangan ini dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata pasangan merpati dua sejoli ini.

Sumber: Emma Maembong, Muhammad Shazli, AzharAprena Menrose, Berita Harian

SKIP THIS AD ×