
Sabtu lalu pasangan yang sedang hangat bercinta, Nabila Huda dan Nas-T difahamkan telah bercuti ke Bali bersama dan berita ini telah disahkan oleh Nabila sendiri menerusi laman Twitternya.
Nampaknya sepanjang berada di sana, aktres yang baru sahaja menyandang gelaran ‘Pelakon TV Wanita Popular’ ini telah sempat kongsikan beberapa foto romantisnya bersama kekasih hati menerusi laman Instagram dan menerusi respon peminat di laman tersebut, ramai yang memuji keserasian pasangan ini dan mendoakan semoga suatu hari nanti hubungan mereka akan berakhir dengan ikatan yang lebih serius.

Jika dilihat daripada foto-foto yang dimuat naik, nampaknya mereka bukan sahaja bercuti di Bali malah turut menghabiskan masa bersama di Bandung. Amboi, seronokkan kalau dapat bercuti macam mereka?
Apa pun, bagi semua peminat Nabila Huda dan Nas-T, jom layan beberapa foto mereka selepas ini :
Kredit Foto : Instagram Nabila Huda & Nas-T





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)