Intan & Kamal bercuti di Phuket 1

Pada 2 Jun lalu, pelakon comel Intan Ladyana telah terbang ke Phuket, Thailand bersama kekasih hatinya, Kamal Adli.

Percutian ini khabarnya telah ditaja oleh beberapa badan tertentu dan nampaknya percutian ini bukan sahaja melibatkan Intan Ladyana dan Kamal, malah ia turut disertai oleh pelakon yang kian meningkat naik iaitu Amar Baharim.

Intan & Kamal bercuti di Phuket 3

Intan Ladyana menghayati keindahan alam

Intan & Kamal bercuti di Phuket 6

Berjalan mengelilingi Phuket

Percutian ini difahamkan telah memakan masa selama 4 hari 3 malam.

Sepanjang berada di Phuket, Intan dan Kamal telah sempat kongsikan beberapa foto menarik mereka untuk tatapan para peminat di laman Istagram masing-masing.

Ayuh! layan beberapa foto menarik mereka selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Kamal Adli, Intan Ladyana & Amar Baharim