berita

Foto : Isteri Apex, Leuniey Mula Tunjuk Baby Bump

October 1st, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Apex dan Leuniey

Sejak berita mengenai kehamilan isteri pemain bola sepak terkenal, Khairul Fahmi Che Mat  atau Apex diketahui umum sekitar pertengahan Jun lalu, rasanya agak jarang OHBULAN! berkongsi perkembangan terbaru mereka kan?

Namun begitu, baru-baru ini, isteri penjaga gawang gol tersebut, Leuniey Natasha dilihat telah mula berkongsi beberapa foto kehamilannya bersama para pengikut laman sosial dan melalui foto-foto tersebut, baby bump yang kelihatan semakin membesar.

Artikel Berkaitan :

  • Foto : Isteri Apex, Leuniey Natasha Hamil 6 Minggu

Menurut Leuniey, kehamilan pertamanya itu sudah mencecah lebih 20 minggu dan dijadual akan melahirkan cahaya mata sulung mereka pada awal Februari tahun hadapan.

Leuniey & Apex  4

Dalam pada itu, melihat setiap foto yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri ini, OHBULAN! kagum dengan sikap Apex yang dilihat begitu ambil berat terhadap isteri tersayang. Meskipun sibuk dengan jadual hariannya sebagai seorang pemain bola sepak, akan tetapi itu bukannya alasan untuk tidak menemani isteri tercinta membuat pemeriksaan doktor pada setiap bulan.

Sikap perihatin Apex itu turut mendapat pujian di kalangan para pengikut laman sosialnya dan hal ini dibuktikan apabila penjaga gol tersebut memilih doktor wanita untuk merawat serta menjalankan pemeriksaan bulanan terhadap Leuniey. Bagi mereka, hanya seorang suami yang betul-betul sayang akan isterinya sahaja akan peka dengan isu tersebut.

Untuk makluman, pasangan ini telah diijabkabulkan pada 28 Disember 2012 di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Apa pun, bagi semua peminat sukan bola sepak tempatan, jom lihat beberapa foto terbaru Leuniey dan Apex selepas ini. Amboi, semakin berseri-seri Leuniey. Maklumlah pembawakan budak lah katakan.

Kredit Foto : Instagram Apex & Leuniey Natasha

SKIP THIS AD ×