![[FOTO] Jofliam & Dewi Buat Pelamin Atas Air, Hias Buggy Dengan Reben Pink & Netizen Tuntut Pizza Percuma](https://media.ohbulan.com/2025/04/dewi-jofliam-empat-dua.jpg)

Hari ini, media sosial dipenuhi dengan majlis pernikahan pempengaruh dan usahawan, Jofliam bersama pilihan hati, Emira Delyati Dewi yang berlangsung dalam suasana sederhana.
Artikel Berkaitan: Jofliam, Dewi Sah Bergelar Suami Isteri
Artikel Berkaitan: ‘Tahniah Han & Yuki Dapat Bibik Baru’ – Cik Epal
Momen pernikahan Jofliam & Dewi

Berikut disenaraikan momen-momen penuh makna yang terjadi sepanjang majlis berlangsung:
1. Difahamkan, majlis pernikahan diadakan di banglo mewah sewaan Jofliam yang diduduki bersama kedua anaknya, Han dan Yuki.
2. Tidak seperti yang lain, Jofliam membuat pelamin di atas air menggunakan khidmat perancang perkahwinan, Munstara Event selain menghiasinya dengan bunga berwarna putih.

3. Dewi mengenakan busana berwarna putih serta bertudung, sementara itu Jofliam turut mengenakan persalinan baju Melayu berwarna putih lengkap bersongkok dan bersampin.
4. Busana Dewi ditempah khas dengan pereka fesyen Firdaus Hakimi Kuala Lumpur manakala Syed Dewa telah diambil sebagai jurusolek pengantin wanita.

5. Sebelum berlangsungnya majlis, Jofliam menghiasi buggy dengan meletakkan ribbon berwarna merah jambu.

6. Orang ramai tidak sabar untuk menuntut pizza percuma kerana sebelum ini Jofliam melakukan perjanjian akan membelanja pizza percuma sekiranya dia menamatkan zaman dudanya.
7. Bagaimanapun, kelibat Han dan Yuki tidak kelihatan di majlis tersebut.
8. Berdasarkan hantaran di Instagram bekas isteri Jofliam, Cik Epal, mereka masih beraya bersama dan sedang menghadiri rumah terbuka usahawan dan pempengaruh, Anas Zahrin.
Sumber: Instagram, Thread








![[VIDEO] ‘Setelah Sekian Lama Tak Jumpa, Akhirnya Dapat Juga Saya Peluk & Cium Ibu’ – Kak Nona](https://asset.ohbulan.com/2026/08/kak-nona2.jpg)