berita

Foto : Julia Perez Rancak Buat Persiapan Kahwin

September 19th, 2013 | by Ai
Hollywood

Julia Perez

Pelakon dari seberang yang sinonim dengan penampilan seksi, Julia Perez dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan dengan pemain bola sepak yang berasal dari Argentina, Gaston Castano dalam masa terdekat ini.

Justeru itu, kini Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe dilihat sedang rancak mempersiapkan majlis perkahwinannya dan menerusi laman sosial pelakon tersebut, Jupe turut berkongsi beberapa foto busana yang bakal digayakannya di hari istimewa itu nanti.

Jupe 3

Busana pengantin yang bakal digayakan oleh Jupe

Melalui foto-foto tersebut, Jupe kelihatan sangat seksi apabila bahagian pehanya dibiarkan terdedah dan hanya membiarkan bahagian tersebut dilitupi dengan kain lace nipis. Menurut Jupe, dia memang sengaja menyuruh pereka fesyennya mereka gaun pengantin yang seksi kerana itu semua atas permintaan Gaston.

Bagaimanapun gaun tersebut masih belum siap sepenuhnya dan masih dalam proses pengubahsuian rekaan.

Untuk makluman, minggu lalu Gaston baru sahaja terlibat dalam satu kemalangan kereta sehingga menyebabkan kenderaan yang dinaikinya itu terbakar. Akan tetapi pemain bola sepak tersebut selamat dan tidak mengalami sebarang luka serius.

Apa pun, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberpa koleksi foto mesra Jupe dan kekasih hatinya, Gaston Castano untuk tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Julia Perez

SKIP THIS AD ×