berita

Foto : Juliana Evans Bersama Teman Lelaki Mat Salleh?

October 3rd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Juliana Evans

Umum tahu sebelum ini pelakon berwajah pan-asia, Juliana Evans, pernah dikaitkan bercinta dengan pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak.

Namun begitu, kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa hubungan mereka hanya sekadar teman rapat dan mula akrab apabila digandingkan bersama dalam filem komedi Hantu Bonceng dan Mael Lambung.

Akan tetapi semalam, Juliana atau lebih mesra disapa sebagai Jue telah berkongsi sekeping foto mesranya bersama seorang jejaka mat salleh, di mana melalui foto tersebut, Jue melahirkan rasa gembiranya kerana dapat berjumpa semula dengan jejaka itu setelah sekian lama.

Rasanya ini bukan kali pertama Jue dikaitkan dengan jejaka mat salleh, ini kerana sekitar awal November tahun lalu, pelakon filem Dampak ini pernah menggegarkan peminatnya dengan beberapa foto mesra dia bersama seorang lelaki di Michigan yang dikenali sebagai Nate Miller.

Juliana Evans 1

Jue bersama jejaka mat salleh yang dikatakan

Setelah diselidik dan meneliti setiap foto yang dikongsikan, nampaknya jejaka disamping Jue ini bukan teman lelakinya. Dia dipercayai hanya teman biasa Jue.

Tambahan pula, tiada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan mereka bercinta. Tapi tak salah andai bunga mula berputik, kan?

Untuk semua peminat dan pengikut setia Juliana Evans, mari lihat beberapa foto menarik aktres tersebut sepanjang berada di Michigan, Amerika Syarikat selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Juliana Evans